Rabu, 7 Januari 2015

Tip Untuk Meluruskan Rambut

As salam, apa khabar semua???? bersua lagi dengan entri hari ini isma nak berkongsi Tip Untuk Meluruskan Rambut. Demi untuk merealisasikan impian ingin memiliki yang lurus dan menawan dengan kos yang paling jimat. Kebanyakkan wanita ramai yang sanggup berbelanja besar untuk melakukan rawatan di salon. Selain melibatkan kos yang tinggi rawatan yang di gunakan di salon kebanyakkanya menggunakan bahan kimia.Sedikit sebanyak, ia mempunyai kesan sampingan yang boleh merosakkan rambut. Sekarang tidak perlu pening kepala lagi kepada yang berhajat ingin memiliki rambut lurus menawan. Apakata anda boleh cuba petua ini, kos yang murah dan kesannya lebih tahan lama dengan memanfaatkan bahan alam untuk merawat rambut anda. Jom cuba sekarang!!!!


  • Kombinasi Jus Lemon & Santan
bazarvitamin.blogspot.com

Campurkan setengah cawan jus lemon bersama secawan santan, kemudian sejukkan ramuan ini di dalam peti sejuk semalaman, ramuan ini akan bertukar menjadi krim. sapukan pada rambut sehingga rata sambil mengurut kulit kepala. Bungkus kepala dengan tuala atau shower cap selama 1jam. Bilas sehingga bersih. Lakukan petua ini seminggu 2X, selepas ini pasti berpuas hati dengan hasilnya. 

  • Limau Nipis 

Masukkan setengah cawan pati santan bersama sedikit air suam dan air perahan limau nipis. Gaul sebati, jadikan ia sebagai perapi. Lakukan petua ini setiap hari sehingga berpuas hati dengan hasilnya.  

  • Pisang & Betik 

Lenyekkkan pisang masak dengan betik sehingga halus atau kisar sahaja kedua-dua bahan ini. Campukan sedikit madu. Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ianya kering. Bilas rambut sehingga bersih diikuti dengan memakai perapi. Selepas itu sikat rambut sehingga lurus, biakan ianya kering. Elakkan mengikat rambut.Boleh dilaku 2x seminggu. 

  • Telur & Tepung Gandum 

Campurkan dua biji telur dan tepung gandum, gaul sehingga sebati, basuh rambut dan lapkan dengan tuala sehingga separuh kering. sapukan bancuhan tadi pada rambut, pastikan ia rata. kemudian sikat rambut sehingga lurus.Biarkan selama 30 hingga 40 minit, bilas sehingga bersih. Amalkan sebanyak 2x seminggu. 

  • Susu Segar 

Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur. kemudian sembur pada rambut.Biar selama 20 hingga 30 minit. Selepas itu, sikat rambut anda. Bilas rambut, Cuci dengan syampu dan akhiri dengan pengunaan perapi. Boleh dilakukan sekerap yang mungkin. 


Selamat Mencuba!!!!!Mungkin selepas ini boleh menjimatkan wang anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan