Memaparkan catatan dengan label Aku Dan Nettball. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku Dan Nettball. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2014

Aku Dan NETBALL

NETTBALL OH NETTBALL OPEN Institut Tadbir Awam (INTAN) 


As Salam dan Selamat Petang Semua....

Haiii semua....entri petang nak berkongsi serba sedikit cerita  pada hari minggu semalam, Orang lain semua sibuk nak pergi ke Karnival UPIN & IPIN yang berlansung di PICC Putrajaya, EXPO MAEP di serdang, Pertandingan Formula E di Presint 2 Putrajaya, dan satu lagi Shopping Mall yang dibuka iaitu IOI MALL PUTRAJAYA, aktiviti ini semua berdekatan dengan kawasan yang   tinggal....Nak dijadikan ceritanya saya  pula sibuk nak pergi Perlawanan NETTBALL OPEN INTAN, di Bukit Kiara.  

Mungkin disebabkan sukan nie yang aku minat dari sek rendah lagi sampai sekarang pun aku duk main sukan ini lagi,walau pun dah beranak pinak, hiihihihi...... kalau nak tahu sukan apa ini lah dia sukan NETTBALL, memang x dapat dipisahkan sukan Nettball dengan aku, siapa yang kenal aku, mungkin dah tahu siapa aku hihihihihi....cewah macam star plak aku sembang nie, tp x de lah star pun. pernah la dulu wakil negeri kelahiran aku untuk TEAM NETTBALL, Semestinya negeri KELANTAN.


Kini  aku masih lagi aktif dengan netball, tapi sekarang bermain untuk Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS) tempat aku bekerja plak., masa last main nettball 3 tahun yang lepas sebelum bersalin anak kedua.Nasib hubby izinkan untuk main nettbal kali nie. Nasib baik juga  dapat hubby pun orang yang sealiran dengan aku juga yang bekerja dalam bidang yang sama, dan memang orang sukan, Hubby dulu sukan rugby, Hubby banyak memberi galakkan untuk aku bersukan, sebab bila aku training Netball setiap petang akan balik lambat, hubby akan ambil alih tugas seprti ambil anak-anak di nursery. 


Ehh.. dah melalut ke tempat lain plak, ok balik ke cerita perlawanan nettball tadi, terima kasih juga nak ucapkan kepada Angah bahagian Rakan Muda yang sudi jemput aku bermain kali nie,Posisi favourite  yang selalu aku main GA/GS & WA itu jer, yang lain x berapa suka sangat...tapi selalu nya aku main GS lah,sebabnya aku nir tinggi senang sumbat GOAL.... Perlawan Pertama yang kami jumpa adalah team dari SSM , alhamdulllilah Team KBS menang dengan bergaya yer dengan mata 17-1, ceewahhh berlagak la plak, baru game pertama, ok layak ke game kedua plak kami jumpa pasukan dari LHDN, rezeki masih berpihak kepada team KBS, layak lagi ke Perlawanan ketiga berjumpa dengan team "Wing It", masih lagi menjadi rezeki Team KBS, perlawanan keempat kami plak jumpa dengan TEAM MPPJ, kali nie sedih Team kami dah kalah dengan MPPJ kalu x silap mata 10-12, sadiss betul bila dah kalah,Walaupun kalah tapi aku bangga dengan komitmen yang diorang berikan sepanjang perlawanan berlangsung.  tapi adat bertanding lah kan ada menang ada kalah, apapun kami semua enjoy dengan perlawanan ini, walau pun kalah semangat kesukanan tetap ada dalam TEAM KBS.....


Ni la team KBS, aku akui diorang memang boleh main, bukan kalah tak melawan, kalah dengan penuh bergaya lagi, tapi mungkin sebab kurangnya training, so masing-masing tak adafitness, tapi diorang memang ada skill. nie lah aksi-aksi kami sepanjang perlawanan..






Next game Team KBS akan join OPEN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) pula......