Memaparkan catatan dengan label Manfaat membaca Untuk Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manfaat membaca Untuk Kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, 19 November 2014

Manfaat Membaca Untuk Kesihatan

Manfaat Membaca Untuk kesihatan 


Kebanyakan orang begitu sibuk dengan kehidupannya seharian sehingga tidak cukup waktu untuk membaca buku, kebanyakkan orang lebih senang menonton TV, melayari internet atau dengan gajet-gajet pada masa kini. Walhal membaca bukan hanya dapat memperkaya wawasan tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan.



budaya membaca dapat membuat orang menjadi kaya dengan wawasan dan informasi. Selain itu juga, membaca bermanfaat untuk otak dan kesihatan...jom kita tengok manfaat dari amalan membaca, antaranya ialah :- 
                       
1. Melatih otak
Membaca mampu merangsang sel-sel otak yang tidak diperoleh melalui aktiviti menonton televisyen atau mendengar muzik. Melalui pembacaan, anda kemudianya akan berimaginasi. sekiranya ingin menguatkan sel-sel otak maka jadikan budaya membaca sebagai amalan. 

2. Mengurangkan Tekanan 
Membaca adalah satu cara yang paling efektif untuk mengurangkan tekanan. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bawaha membaca boleh merendahkan paras kartisol, denyutan jantung serta ketegangan otot di tubuh. 

3. Menguat Daya Ingatan 
Sewaktu membaca, otak sebenarnya sedang bekerja untuk memahami jalan cerita sekali gus berusaha untuk mengingatinya. Situasi ini boleh disamakan dengan senaman otak yang mampu meningkatkan kemampuan untuk mengingat. Penelitian telah menunjukkan bahawa latihan otak seperti membaca buku atau majalah, bermain teka-teki silang, Sudoku, dan lain-lain dapat melambat atau mencegah kehilangan memori. Menurut kajian , kegiatan ini mampu  merangsang sel-sel otak dapat berhubung.

4. Mengembangkan pola tidur yang sihat "Ubat Tidur" 

Bila Anda terbiasa membaca buku sebelum tidur, maka itu bertindak sebagai alarm bagi tubuh dan mengirimkan signal bahawa sudah waktunya tidur. Ini akan membantu Anda mendapatkan tidur nyenyak dan bangun tidur dalam keadaan segar di setiap hari.

5. Meningkatkan konsentrasi dan Kemampuan Menulis
Orang yang suka membaca akan memiliki otak yang lebih fokus. Karena fokus ini, pembaca akan memiliki kemampuan untuk memiliki perhatian penuh dan praktis dalam kehidupan. Ini juga mengembangkan keterampilan  dan membuat keputusan. Selain daripada itu dapat meningkatkan kosa kata, membaca juga dapat menambah tatabahasa sekaligus menjadikan otak untuk berfikir dengan luar biasa. Pada masa yang sama, ia secara tidak langsung mengasah kemampuan untuk menulis secara lebih kreatif. 

6. Merehatkan Diri
Membaca merupakan satu aktiviti yang mudah dan baik diamalkan. Apabila dilakukan ketika santai, ia sebenarnya memberi terapi ketenangan. Beberapa kajian mendapati individu yang suka membaca buku keagamaan, sebenarnya mereka sedang
 merawat diri sendiri untuk menurunkan tekanan darah,meningkatkan mood seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami. 

7. Awet Muda
Kajian Mendapi individu yang rajin membaca atau gemar melatih otak untuk berfikir akan mengalami penurunan kognitif yang lambat berbanding individu yang tidak melakukannnya. Bukan setakat itu sahaja membaca secara teraturjuga boleh menghindarkan diri dari terkena penyakit Dimentia atau Alzheimer. 

Selepas ini saya pasti ramai yang akan menjadikan membaca sebagai hobi. Tidak kiralah buku,majalah,jurnal atau apa sahaja bahan bacaan sekalipun. selagi boleh mendatangkan ilmu maka ia adalah sesuatu yang bermanfaat malah baik untuk kesihatan. 

Jadi jangan hanya menghabiskan waktu berjam-jam untuk menonton televisyen  atau bermain gajet-gajet, luangkan sedikit waktu untuk membaca buku kerana boleh mendapat manfaat kesihatan sekali...