Hebatnya Pelukan Seorang Ibu Kepada Anak
Pelukan memiliki kuasanya yang
tersendiri,pelukakan adalah perpaduan jiwa dan raga dimana dua orang lebih yang
saling mencintai dan kasih kasih sayang. Bahawa dengan pelukan akan menjadi
lebih sihat, kurang tekanan dan awet muda, Begitu indah ciptaan Allah SWT
apabila menjadikan setiap inci tubuh badan manusia.Tubuh Manusia adalah terapi
untuk masalah yang dihadapi
Pelukan merupakan salah satu bentuk kasih
sayang dan sokongan yang ditunjukkan. Berikan anak anda pelukan setiap hari.
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai
kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
Bila kita peluk dia setiap hari
terutamanya seorang ibu, anak tahu yang kita sayangkan dia. Dia akan tahu kita
sentiasa menjadi penyokong paling kuat. Anak akan sedar bahawa kita sentiasa
ada jika dia kurang berjaya. Emosinya akan terbela.
Anak-anak umpama permata hati bagi ibu
dan ayah. Kita terlalu sayang akan mereka. Namun kadang kala kita tidak boleh
menerima kesalahan yang mereka lakukan.
Kita terlalu mahukan yang terbaik untuk
mereka sedangkan sebagai kanak-kanak mereka perlu belajar dari kesilapan.
Justeru berilah sokongan dan dorongan kepada mereka apabila melakukan
kesilapan.
Manfaat yang diperoleh daripada kuasa
pelukan ialah:-
- Apabila mendapat sentuhan daripada orang yang
kita sayangi akan dapat meningkatkan Hemoglobin di dalam darah. Hemoglobin
adalah merupakan salah satu bahagian dari tubuh yang membawa oksigen
keseluruh tubuh termasuk otak dan jangtung.
- Dengan kuasa pelukan akan memberi
seseorang berasa selamat dan dilindungi,
dimana mempunyai elemen yang menyumbang kepada emosi dan mental yang sihat
kepada anak-anak kita. Jika Kita memeluk seseorang yang kita sayangi
sebanyak 4 kali akan mengurangkan tekanan, 8 kali pelukkan akan memberikan
kestabilan emosi,12 kali pelukan akan membantu dari segi perkembangan
psikologi seseorang.
- Pelukan juga dapat memberikan
suntikn motivasi yang hebat terutama bagi yang dalam keadaan bersedih dan
berputus asa. Kuasa sentuhan akan menghasilkan ketenangan bagi mereka yang
sedang bersedih dan juga dapat membantu mereka keluar daripada masalah
kemurungan dengan secara perlahan-perlahan. Begitu juga pelukan ibu
terhadap anak-anak akan menambah semangat serta keyakinan, pelukan itu
disertai dengan kata-kata semangat.
- Pelukan juga dapat meningkatkan Daya
Intelektual Anak-Anak. Menurut daripada satu kajian, kanak-kanak yang
selalu mendapat pelukan akan lebih aktif, mempamirkan potensi dalam
pembelajaran di sekolah. Keyakinan dalam diri mereka berkembang melalui
hasil pelukan yang diterima setiap hari, malah mereka juga tidak mempunyai
masalah dalam pergaulan atau komunikasi dikalangan kelompok mereka.
- Kesan daripada pelukan yang kerap diterima
akan menghasilkan seorang anak yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Sifat
kepimpimnan anak-anak boleh dilihat dari usia mereka 9 sembilan tahun
lagi. Setiap anak-anak yang dilahirkan telah mempunyai tangungjawab untuk
memmpin yang dinamakan "KHALIFAH" dimuka bumi. Memeluk anak
dengan erat adalah cara yang terbaik untuk menzahirkan kasih sayang dan
sokong terhadap mereka.
Semoga kita boleh jadikan rutin setiap
hari memeluk anak-anak sebagai satu aktiviti yang wajib kita lakukan. ini
adalah salah satu amalan rohani bagi menjaga hati dan peribadi anak-anak agar
menjadi anak yang soleh dan solehah...
Sebagai ibu bapa berikan hak anak-anak
kepada mereka dan jangan sesekali kita meraspas saat bahagia yang sepatut dikecapi
seawal usia kanak-kanak dengan kecuaian kita dalam pendidikan. ..pendidikan
bukan bermakna pendidikan formal seperti membaca, mengira sahaja namun
pendidikan mencakupi pelbagai aspek kehidupan anak yang diterima dari pelbagai
sumber yang ada, Pastikan pelukan untuk anak kita mulai pada hari ini, agar
masa depan lebih cerah dan bermakna...
Kita hanya mampu berusaha dan hanya
kepada Allah SWT kita berserah segalanya. semoga anak-anak kita menjadi anak
yang membahagiakan kita di dunia dan di akhirat...Wallahuaklam....
.jpg)
.jpg)