Memaparkan catatan dengan label Cara Atasi Susu Badan Kurang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara Atasi Susu Badan Kurang. Papar semua catatan

Isnin, 8 Disember 2014

Cara Atasi Masalah Susu Badan Kurang

As Salam, Hai apa khabar semua....entry hari saya ini saya ingin berceloteh mengenai cara untuk mengatasi masalah susu badan kurang.Ramai yang datang bertanyakan kepada saya tentang masalah ini, Antara yang paling kerap saya terima adalah mengenai keluhan dan rintihan ibu-ibu baru yang masih berada dalam pantang. Rata-rata menjadi risau apabila hasil  susu mereka tidak sebanyak yang diharapkan...  

Malah ramai juga ibu-ibu yang berpantang beranggapan dan cepat membuat andaian  bahawa susu badan mereka tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan si kecil mereka. Susu banyak ketika peringkat awal namun sebelum habis berpantang susu dah merundum....Apabila perkara sebegini berlaku, secara tidak langsung ianya mengganggu  perjalanan penyusuan dan keyakinan diri  ibu ini untuk meneruskan penyusuan. Jadi ibu yang sudah berputus asa akan memberikan susu formula kepada bayi mereka. Sedihnya jika perkara ini terjadi kepada kita semua. Namun ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku,Sama ada faktor daripada ibu mahu pun bayi.


Saya yakin ramai ibu diluar sana mengahadapi masalah yang sama seperti ini. Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu berpantang ialah susu tak cukup untuk bayi dan banyak juga menghadapi nipple yang luka dan berdarah...




Kenapa Susu Berkurang??? 

1. Salah Teknik Penyusuan
Ini yang menjadi penyebab yang biasa berlaku. Bayi tidak memasukkan sepenuhnya puting ke dalam mulutnya jadi ia akan mengurangkan pengeluaran susu sebab susu tidak dikosongkan. Petunjuk yang mudah, payudara tidak lembut selepas penusuan kerana susu tidak kering. Ini juga menyebabkan masalah pada puting, menyebabkan kesakitan dan luka. Belajar cara menyusu yang betul. Adakala sudah betul, namun ada masalah juga, ini bermaknanya berpunca dari pihak bayi. 


2. Kurang persediaan dan ilmu penyusuan 
Walaupun penyusuan pada luarannya nampak mudah, ianya masih memerlukan si ibu untuk membuat persediaan yang secukupnya. Sebaiknya, banyakkan membaca dan bertanya kepada yang mahir. Dekatkan diri dengan ibu-ibu yang telah lama menyusukan anak bagi mendapatkan tips-tips penyusuan. Selain itu, jika berkesempatan, ajak pasangan anda untuk menghadiri kelas ante-natal serta kelas penyusuan agar pasangan anda juga turut memahami peranan masing-masing dalam menjayakan perjalanan penyusuan anda.  Kini terdapat banyak info termasuk support group dan juga kumpulan-kumpulan sokongan di internet dan facebook. Luangkan masa untuk membaca dan menimba ilmu sebagai persiapan sebelum anda melahirkan. Kesediaan yang lebih lengkap dan sempurna untuk menyusukan mampu mempengaruhi tahap kejayaan anda di kemudian hari. 

3. Jadual pump yang tidak teratur  
Tempoh dua ke empat minggu pertama selepas kelahiran haruslah ditumpukan kepada mengajar bayi anda untuk memahirkan diri menyusu terus daripada payudara. Selepas tempoh ini berlalu dan jika anda bercadang untuk mula mengumpul stok, anda bolehlah melakukan tandem nursing. Tandem nursing adalah apabila anda menyusu di sebelah payudara dan mengepam di payudara yang sebelah lagi. Melalui kaedah ini, bukan sahaja stok EBM bertambah malah penghasilan susu akan meningkat kerana payudara anda menerima rangsangan melalui penyusuan secara terus dan juga melalui pengepaman.  Sebaiknya aturkan jadual pengepaman anda setiap 3 jam sekali kerana jadual yang tidak konsisten tidak akan memberikan hasil yang baik. Justeru penting untuk anda tolak ketepi rasa malas kerana memberi seribu satu alasan hanya akan menjauhkan anda kepada kejayaan. 

4. Memperkenalkan botol terlalu awal selepas kelahiran 
Saya dapati, masih ramai ibu-ibu baru yang memperkenalkan botol susu terlalu awal kepada bayi anda selepas kelahiran. Perkara ini harus dielakkan kerana bayi anda berisiko untuk mengalami masalah keliru puting.  Sekiranya ianya terjadi, besar kemungkinan bayi anda tidak lagi ingin menyusu terus dari payudara kerana sudah selesa menyusu menggunakan botol. Akibatnya, apabila rangsangan kepada payudara anda berkurangan maka penghasilan susu juga akan menurun. 

5. Tidak mengamalkan pemakanan seimbang 
Tempoh berpantang merupakan suatu tempoh di mana badan kita sedang melalui proses pemulihan selepas bersalin. Dan seperti yang ramai tahu, segelintir ibu-ibu berpantang dilarang untuk memakan sebarangan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan angin, bisa-bisa badan dan macam-macam lagi. Jadi bagaimana badan kita nak jadi bertenaga sedangkan apa yang boleh dimakan dicatu setiap hari? Justeru, pengambilan makanan yang seimbangan sangat penting bagi memastikan badan kita mendapat nutrisi yang mencukupi bukan sahaja bagi tujuan penghasilan susu malah bagi memastikan luka bersalin sembuh dengan lebih cepat serta mengelakkan keletihan dan kelesuan. Tambahan lagi, jika badan kita lemah dan lesu, agak-agak kita mampu tak untuk berjaga malam bagi menyusukan si manja kita? 

6. Pengambilan Ubat-ubatan atau herba yang mengurangkan susu
Ada yang menyebabkan susu berkurang, perlu berhati-hati dengan ubatan terutama untuk masalah alergi dan selsema. Ada juga ubatan yang diambil untuk meneringkan susu ibu namun mempunyai kesan apabila ingin menyusu anak. Ada juga herba yang menyebabkan susu kering, selalunya didalam pantang kita ambil herba untuk menjaga pantang. ada yang menyebabkan susu kering. 

7. Ubatan atau Hormon
Ini biasanya terjadi jika mengambil pil hormon. Contohnya pil perancang termasuk juga IUD yang mempunyai hormon. 

Cara untuk mengatasinya : 
  • Pastikan ibu berpantang minum air masak putih 3-4 liter sehari. Jangan risau anda tidak akan gemuk minum air dalam kuanti yang banyak, malah makin cepat untuk menurunkan berat badan. 
  • Pastikan mengambil makan yang berzat
  • Pastikan anda mengambil makanan yang boleh menambahkan penghasilan susu anda seperti buah kurma, susu @ horlick
  • Cara yang paling mudah anda disarankan untuk mengambil supplement SET Penyusuan, yang pasti semestinya melengkapkan tubuh badan anda dengan semua zat nutrisi yang diperlukan oleh ibi semasa dalam tempoh berpantang. 
Cadangan SET PENYUSUAN ini sangat bajet dengan harga mampu milik, Set ini terdiri daripada 2 jenis supllement: 



ESP - Energising Soy Protein, yang membantu untuk pemulihan sel-sel  badan yang rosak semasa proses melahirkan, Menambahkan tenaga & membantu ibu-ibu dalam penyusuan. ESP pun salah satu supplement MILKBOOSTER yang digemari oleh ibu-ibu. 



OSTEMATRIK - Sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar. pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekali membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu kadar kadar keperluan kalsium seorang ibu yang menyusu juga lebih tinggi berbanding ibu yang tidak menyusu, maka ia sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu semasa pantang. 



Berminat Untuk mendapatkan SET PENYUSUAN  Boleh Hubungi saya. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. 

H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 
Email: supplement.eshoppe@gmail.com
Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati 
potongan hebat 15% - 20%
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE

Jemput Follow diblog saya untuk mendapatkan info2 tentang kesihatan

Pick Up/COD Area:
Cheras/Seri Kembanga/Putrajaya/Cyberjaya
&
Penghantaran seluruh Malaysia

Dapatkan pelbagai Supplement Shaklee sekarang!!!