Khamis, 18 Disember 2014

Ketahui Khasiat Daun Saderi

Assalamualaikum WBT...

Entri hari ini saya ingin menulis tentang khasiat Daun Saderi untuk kesihatan, yang mana mungkin ramai tidak tahu lagi tentang daun ini penuh dengan khasiat yang tersendiri.


Di Malaysia daun saderi ini lebih dikenali sebagai daun sup. Daun yang mempunyai tangkai yang tirus dan panjang, warna daun ini lazimnya mengikut jenis baka dan usia.daun saderi mempunyai kandungan vitamin A yang sangat tinggi dan batang saderi adalah sumber terbaik bagi vitamin B1,B2,B6 dan vitamin C dan kaya dengan kalium, asid folik, magnesium, fosforus,natrium dan asid amino. 


Khasiat untuk Perubatan
Daun Saderi dipercayai seluruh bahagian daun ini boleh di direbus dan diminum airnya bagi merawat masalah demam denggi,demam kuning, bengkak hati, tekanan darah tinggi, kekejangan otot dan reumatisme (sakit sendi). Selain itu daun saderi dapat mengatasi masalah angin dalam perut dan sakit perut.Saderi juga boleh melawaskan pembuangan air kecil serta melancarkan perjalanan darah haid. 

Kagunaan Daun Saderi 
  • Keasidan - Mineral penting yang terdapat dalam saderi ia berkesan untuk mengimbangi pH darah di dalam badan dan meneuteralkam keasidan 
  • Atlet - Jus saderi bertindak sebagai tonik sempurna selepas senaman kerana ia menggantikan kehilangan elektrolik dan rehydrates badan yang kaya dengan mineral. 
  • Perubatan Kanser - Saderi mengandungi sekurang-kurangnya lapan keluarga sebatian anti-kanser, Antaranya ialah acetylenics yang dapat menghentikan pertumbuhan sel-sel tumor. Asid fenolik pula dalam menghalang tindakan prostaglandin yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel tumor. Manakala coumaris pula dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel. 
  • Kolestrol - berkesan untuk merendahkan kadar kolestrol dalam badan 
  • Sembelit - berfungsi sebagai julap semulajadi kerana saderi dapat membantu untuk melegakan sembelit.
  • Penyejukkan- semasa cuaca kering dan panas, minum segelas jus saderi dua atau tiga kali sehari ia membantu untuk menormalkan suhu badan. 

Kegunaan Untuk Makanan
Daun saderi biasanya digunakan untuk memasak sup atau salad. daun saderi mentah sering dijadikan sebagai penambah perisa sama ada untuk ditabur atas nasi goreng atau dicampukan ke dalam telur dadar.

Kagunaan lain Daun Saderi 
Biasanya minyak biji saderi digunakan dalam industri pemprosesan minyak wangi yang ia dijadikan sebagai bahan penetap bau(Menjadikan bau tahan lebih lama),ia juga sesuai dijadikan sebagai bahan perisa di dalam garam. 

Jadi lepas ini, boleh la pergi pasar beli daun saderi yer, banyak khasiatnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan