Selasa, 18 November 2014

Tips Elak Anak Kencing Malam

Tips Elak Anak Kencing Malam 


Kencing malam, atau istilah perubatannya “enurisis” adalah perkara normal bagi kanak-kanak .Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam. Ini adalah satu keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkkan 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang.



Sebab Kencing Malam
  1. Ruang pundi kencing yang kecil. 
  2. Gangguan tidur. Kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan mereka tidur terlalu nyenyak. Walaupun bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini. 
  3. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil “vasopressin” semasa tidur. Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.


Jenis-jenis Kencing Malam
  1. Kencing malam hanya di waktu malam (peringkat awal nocturnal enuresis). 
  2. Kencing malam di waktu malam dan siang hari (tidak boleh mengawal kencing). Hal ini perlu penilaian seterusnya oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain. 
  3. Sebab-sebab gangguan lain yang boleh menyebabkan kencing malam (secondary enuresis) ialah jangkitan pada pundi kencing, masalah saraf tunjang, pundi kencing yang tidak normal dan masalah metabolisma seperti kencing manis. Selalunya keadaan yang seperti ini akan menunjukkan tanda-tanda lain selain dari kencing malam.


Potensi Komplikasi
  1. Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri di dalam diri kanak-kanak dan perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik dan masalah sosial yang lain. 
  2. Tekanan di dalam keluarga.


Sedikit Tips menangani anak yang kencing malam, sebenarnya ni pengalaman sendiri jugak disamping google sana sini.. jadi saya kongsikanlah dengan kawan² jugak yang mungkin menghadapi masalah yang sama macam saya ni.... tak banyak sikit² membantu dah kira oklahkan....
Jangan benarkan anak anda minum/ menyusu botol sebelum tidur. Kalau nak bagi pun pastikan dia dah kencing dulu.. sebab takut lepas minum susu dalam botol dia terus tidur.

Disiplinkan anak anda untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur.

Pada waktu malam, pastikan laluan untuk anak anda ke bilir air diterangi lampu & tidak salah juga jika membiarkan lampu bilir air terpasang, terutamanya bagi kanak-kanak yang takut pada kegelapan.

Kejutkan anak anda untuk bangun & buang air selepas 2 atau 3 jam mereka tidur. Ini adalah teknik latihan yang berpanjangan supaya mereka terbiasa dengan rutin tersebut. (kaedah ni saya tak kejutkan.. tapi sebelum tidur mesti pesan dekat anak supaya nak kencing bangun dan kejutkan ibu...alhamdulillah.. banyak membantu)

Gunakan sistem ganjaran atau penghargaan. Lepas anak bangun tidur, kalau dia tak kencing saya akan puji & berikan mereka sedikit ganjaran supaya berusaha untuk memperbaiki diri.

Jangan hukum atau memarahi mereka. Kanak-kanak yang kencing malam tidak melakukannya dengan sengaja. Jadi tugas kita adalah untuk sama-sama menangani masalah tersebut.

Beritahu anak anda kenapa mereka tidak boleh kencing ditempat tidur. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum najis, tentang kuman yang mudak membiak, tilam yang berbau busuk & sebagainya lagi.

Alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar bagi mengelakkan dia terkencing dan tembus ditilam seperti yang selalu di gunakan di hospital-hospital.

Gunakan pewangi bilik

Luangkan sedikit masa bersama anak-anak sebelum mereka tidur. Berikan pelukan atau belaian. Ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah dapat menjadikan kanak-kanak itu lebih tenang & meransang perkembangan otak mereka semasa tidur.

Paling penting, ibubapa haruslah bersabar & sentiasa berfikiran positif. Adakalanya untuk menghentikan tabiat kencing malam ini agak memakan masa, jadi berilah anak anda peluang. Kalau kita tak sabar sapa lagi yang nak bagi semangat kat anak² kitakan... mereka perlukan sokongan.. lagipun kencing malam biasanya adalah tak disengajakan mungkin mereka keletihan main ditaska atau baru nak mula free pampers.

Petua Untuk Anak Kencing Malam
  • Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
  • Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain.

Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Selain dari itu adalah berikhtiar dengan mengurut labu betis anak sebelum tidur. Yang saya buat adalah urutan menaik menggunakkan apa-apa minyak urut seperti minyak gamat atau minyak tuna.

Cuba lah....

Atau pun kaedah yang agak memerlukan kekuatan rohaniah adalah bangun pukul 3 pagi dan aturkan kencing anak. Bukannya lama - 3 minit kencing ajer! Lakukan ini selama 40 hari. Nanti insyallah anak akan bangun sendiri. Jangan lupa pasang lampu bilik air. Jika tidak kita pun kena bangun sekali.

Selamat Mencuba!!!!



2 ulasan: