Isnin, 24 November 2014

Aku Dan NETBALL

NETTBALL OH NETTBALL OPEN Institut Tadbir Awam (INTAN) 


As Salam dan Selamat Petang Semua....

Haiii semua....entri petang nak berkongsi serba sedikit cerita  pada hari minggu semalam, Orang lain semua sibuk nak pergi ke Karnival UPIN & IPIN yang berlansung di PICC Putrajaya, EXPO MAEP di serdang, Pertandingan Formula E di Presint 2 Putrajaya, dan satu lagi Shopping Mall yang dibuka iaitu IOI MALL PUTRAJAYA, aktiviti ini semua berdekatan dengan kawasan yang   tinggal....Nak dijadikan ceritanya saya  pula sibuk nak pergi Perlawanan NETTBALL OPEN INTAN, di Bukit Kiara.  

Mungkin disebabkan sukan nie yang aku minat dari sek rendah lagi sampai sekarang pun aku duk main sukan ini lagi,walau pun dah beranak pinak, hiihihihi...... kalau nak tahu sukan apa ini lah dia sukan NETTBALL, memang x dapat dipisahkan sukan Nettball dengan aku, siapa yang kenal aku, mungkin dah tahu siapa aku hihihihihi....cewah macam star plak aku sembang nie, tp x de lah star pun. pernah la dulu wakil negeri kelahiran aku untuk TEAM NETTBALL, Semestinya negeri KELANTAN.


Kini  aku masih lagi aktif dengan netball, tapi sekarang bermain untuk Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS) tempat aku bekerja plak., masa last main nettball 3 tahun yang lepas sebelum bersalin anak kedua.Nasib hubby izinkan untuk main nettbal kali nie. Nasib baik juga  dapat hubby pun orang yang sealiran dengan aku juga yang bekerja dalam bidang yang sama, dan memang orang sukan, Hubby dulu sukan rugby, Hubby banyak memberi galakkan untuk aku bersukan, sebab bila aku training Netball setiap petang akan balik lambat, hubby akan ambil alih tugas seprti ambil anak-anak di nursery. 


Ehh.. dah melalut ke tempat lain plak, ok balik ke cerita perlawanan nettball tadi, terima kasih juga nak ucapkan kepada Angah bahagian Rakan Muda yang sudi jemput aku bermain kali nie,Posisi favourite  yang selalu aku main GA/GS & WA itu jer, yang lain x berapa suka sangat...tapi selalu nya aku main GS lah,sebabnya aku nir tinggi senang sumbat GOAL.... Perlawan Pertama yang kami jumpa adalah team dari SSM , alhamdulllilah Team KBS menang dengan bergaya yer dengan mata 17-1, ceewahhh berlagak la plak, baru game pertama, ok layak ke game kedua plak kami jumpa pasukan dari LHDN, rezeki masih berpihak kepada team KBS, layak lagi ke Perlawanan ketiga berjumpa dengan team "Wing It", masih lagi menjadi rezeki Team KBS, perlawanan keempat kami plak jumpa dengan TEAM MPPJ, kali nie sedih Team kami dah kalah dengan MPPJ kalu x silap mata 10-12, sadiss betul bila dah kalah,Walaupun kalah tapi aku bangga dengan komitmen yang diorang berikan sepanjang perlawanan berlangsung.  tapi adat bertanding lah kan ada menang ada kalah, apapun kami semua enjoy dengan perlawanan ini, walau pun kalah semangat kesukanan tetap ada dalam TEAM KBS.....


Ni la team KBS, aku akui diorang memang boleh main, bukan kalah tak melawan, kalah dengan penuh bergaya lagi, tapi mungkin sebab kurangnya training, so masing-masing tak adafitness, tapi diorang memang ada skill. nie lah aksi-aksi kami sepanjang perlawanan..






Next game Team KBS akan join OPEN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) pula......



14 ulasan:

  1. Bestnya.. Sy Suka Tgk org main netball.. Suka dorg terbang terbang.. Haha.. Tapi Sy Mmg tak pndai main netball.. Tahniah menang 3 game..
    Jom Join Segmen Blogwalking!!

    BalasPadam
  2. Rindu nak main netball lagi... zaman sekolah dulu memang wakil sekolah sampai peringkat daerah... dah tua2 ni tak main lagi dah... hihihi

    Mengapa Perlu Berhenti Merokok? Apa Kebaikannya Untuk Anda, Keluarga Dan Masyarakat?

    BalasPadam
  3. Seronok tengok orang main...tapi saya tak suka sukan...huhuhu

    atasi kebimbangan hamil selepas keguguran

    BalasPadam
  4. Huda dulu main netball jugak. Tapi setakat sekolah rendah ja la. hihii.. Orang lain sibuk amek exam, huda dengan team sibuk dok main game. Hahaa..mujur result cantik. Kalau tidak mesti kena ceramah dgn mak..huhuu..

    JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

    BalasPadam
  5. Isma mmg pro dlm netball..sampai skrg aktif lg ke..bagus3..dulu saya tukang sirak jer

    BalasPadam
  6. seronok tengok orang main..tp diri sendiri tak pandai main bola :D


    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    BalasPadam
  7. Best best. Aktif juga sukan kat sekolah dulu. Sebab badan kecik kan. Salu disuruh jadi center. Hehe

    BalasPadam
  8. Suka tengok orang bermain..jadi penonton yang syok lebih excited daripada yang main.

    Tips Kebahagiaan Rumahtangga

    BalasPadam
  9. saya memang tak pandai main netball tapi kalo bola tampar ok je...hehe

    SENDI SIHAT KELUARGA BAHAGIA

    BalasPadam
  10. alahai rindunya rasa nak main netball lagi..mula terjebak dalam sukan ni masa zaman sek rendah,selalu terpilih menjadi wakil sek,daerah,negeri..pernah join SUPER

    BalasPadam
  11. oohhh netball.. lama dah tinggal zaman main netball ni.. last main masa form 3.. 8 tahun dah tak main netball. ingat lagi ke tak la cara main netball ni..

    8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT

    BalasPadam
  12. Kali terakhir main netball masa darjah 6..masa sekolah menengah suka main basketball walaupun pendek huhu

    BalasPadam