Ahad, 23 November 2014

Enegizing Soy Protein Shaklee (ESP) Bantu Kuatkan Rahim

Masalah Rahim Tidak Kuat Sukar Nak Hamil  


Masalah rahim tidak kuat menyebabkan sukar nak hamil...Keguguran boleh menjadi satu episod duka kepada seorang wanita. keguguran boleh menjadi pengalaman yang menyedihkan dan boleh menyebabkan emosi terganggu. 

Keguguran kerap berlaku pada peringkat awal kehamilan.Selalunya wanita yang mengalami keguguran ini sebelum dia menyedari bahawa diri sedang hamil.Selepas membuat ujian kehamilan yang positif 1/5  kemungkinan akan belaku keguguran awal. dalam tempoh ini yang berlaku tanpa disedari oleh wanita. 

keguguran diperingkat akhir pula tidak banyak berlaku, Keguguran pada lewat kehamilan ini boleh membuatkan keadaan yang sukar untuk dihadapi oleh wanita,Di peringkat ini bagi kebayanyakkan ibu bapa istilah keguguran tidak menepati kesedihan yang mereka rasa kerana kehilangan bayi yang dikandung. 

Ada pula sesetengah wanita yang mengalami keguguran yang berulang sehingga lebih daripada tiga kali. selalunya kekuatan rahim selepas berlaku keguguran yang pertama telah terjejas dan amat penting untuk menguatkan kembali rahim demi untuk mengelakkan berlaku keguguran berulang lagi.Bagi mengelakkan episod sedih berulang lagi kita sebagai hambanya perlu lah berusaha dan berikhtiar untuk mengatasi masalah rahim yang lemah, tapi kita hanya mampu merangcang dan tuhan menentukan segalanya bagi kita.....


Punca-Punca Masalah Keguguran Berlaku. 
. Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa. 
Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran. 
Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.

2. Kecacatan pada sistem peranakan
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence” juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang. 

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran. 

4. Masalah Immunologi
Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal 
Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

7. Jangkitan Kuman
Jangkitan kuman seperti rubellacytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.
8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)
Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran. 
Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Tanda-Tanda Keguguran
Pada awal kehamilan, anda mungkin kerap mengalami kejang pada perut dan rasa tidak selesa, ia selalunya normal tetapi jika ia disertai dengan pendarahan faraj yang banyak, anda mungkin mengalami keguguran. Doktor anda mungkin akan memeriksa faraj anda dan ujian Ultra Sound mungkin akan dilakukan untuk memastikan adakah janin masih hidup. Sekiranya pasti tidak ada degupan dan sisa keguguran masih banyak tertinggal, doktor anda mungkin akan menyarankan prosedur yang dipanggil D&C untuk memastikan tiada risiko jangkitan kuman pada rahim anda.


Tips Untuk Menguatkan Rahim Untuk Mengelakkan Keguguran Berlaku
  • Amalkan Pemakan yang sihat dan elakkan mengambil makanan yang telah di proses kerana makan yang diproses mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan
  • Elakkan Mengambil makanan tajam dan sejuk seperti Jeruk dan benda-benda yang masam. 
  • Amalkan zikir AL-Musowwir. Amalkan secara konsisten dan berdoa
  • Amalkan pengambilan makanan tambahan seperti Vitamin untuk menguatkan otot rahim dan penghasilan telur yang sihat. 
ESP SHAKLEE dapat membantu untuk menguatkan rahim...untuk mengetahui kebaikkan ESP Shaklee, boleh Klik disini.

ESP 

Berminat Untuk mendapatkan ESP 

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip-tips dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Email: supplement.eshoppe@gmail.com

H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 

Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati 
potongan hebat 15% - 20%
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE

Jemput Follow diblog saya untuk mendapatkan info2 tentang kesihatan

Pick Up/COD Area:
Cheras/Seri Kembanga/Putrajaya/Cyberjaya
&
Penghantaran seluruh Malaysia

Dapatkan pelbagai Supplement Shaklee sekarang!!!






15 ulasan:

  1. Esp memang sesuai untuk kesuburan dan kesihatan wanita. Esp rasanya sedap dan bolwh diminum dengan jus buah-buahan. Sedao dan menyihatkan.

    meriahnya acara perpisahan menyambut cuti sekolah di tadika alfa omega

    BalasPadam
  2. Bagi yg tak kahwin.. or dah kahwin.. atau bakal berkahwin.. Mmg Sesuai esp ni.. Org tua juga blh minum.. Kuatkan Rahim.. Kulit cantik dan lembab, rasa kenyang dan kurus..
    TIPS KEKAL CERGAS MACAM ZAMAN MUDA REMAJA

    BalasPadam
  3. Suka ESP sebab banyak kahsiatnya. Sekarang ila amalkan untuk milkbooster dan gastrik. Mudah-mudahan rahim pun jadi lebih kuat sebab ila memang ada masalah rahim yang lemah sebelum ni.
    Jom Cari Duit Lebih

    BalasPadam
  4. Ikhtiar kan..insyallah esp mmg bole membantuu

    BalasPadam
  5. Soya dalam esp organik. Sebab tu protein yang terhasil lebih berkualiti terutama dalam menguatkan rahim.

    BalasPadam
  6. ESP memang terbaik...tak kira untuk siapa pun, bagi yang nak jaga kesihatan ke atau yang nak dapatkan kulit yang cantik...ESPlah yang jawapannya.

    kawal kolestrol secara semulajadi

    BalasPadam
  7. Elok sangat ye kalau kita amalkan esp nie. Macam2 faedah kita dapat..

    JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

    BalasPadam
  8. Esp ni mmg favourite, drpd mengandung, pantang, menyusu, nak kulit cantik, nak elak gastritis, nak rambut sihat, kuatkan rahim dan macam-macam aihhh memenuhi keperluan protein nutrien asas kita

    BalasPadam
  9. jika anda menghadapai masalah seperti ini bolehlah ikhtiar amalkan ESP,memang bagus untuk dalaman dan luaran..nak tahu cubalah kan :D

    krim ajaib terbaik pilihanku kini

    BalasPadam
  10. ESP memang bagus untuk memabntu kuatkan rahim yang lemah. kawan saya yang kerap keguguran pun dah amalkan ESP ni. Alhamdulillah skrg tgh tggu due untuk melahirkan...

    Mengapa Perlu Berhenti Merokok? Apa Kebaikannya Untuk Anda, Keluarga Dan Masyarakat?

    BalasPadam
  11. ESP memang elok diamalkan sebab ia non GMO soya. Dah tak pilih soya lain dah

    Jalan-jalan di Seremban

    BalasPadam