Rabu, 22 Oktober 2014

Tips :Hilangkan Bau Mulut

Awas Mulut Berbau...

Adusss.... penampilan fizikal nampak hebat, pemilihan fesyen dan solekan selari serta terkini. Namun apabila membuka mulut untuk berbicara ramai yang menajuhkan diri.Lebih menyedihkan lagi ada antara teman-temanyang cuba meneglak untuk berkomunikasi kerana tidak sanggup menahan bau mulut..Tuan punya badan mestilah malu dan menjeruk rasa, sudah puas mencuba produk dipasaran tetapi mulut tetap berbau juga....

Hari ini saya ingin berkongsi petua dengan rakan-rakan yang membaca artikel ini...Antaranya ialah: 

Hilangkan Dengan Air Sirih

Daun Sirih mempunyai antiseptik dan dapat membantu menghilangkan bau mulut. Caranya adalah merebus dua hinga tiga helai dau sireh dengan dua gelas air. Biarkan air rebusan sejuk, kemudian kumur dengan air tersebut selepas menggosok gigi. Lakukan dua tiga kali sehari.Air Rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh Vagina selepas membasuh air kecil. 

Limau Kasturi Mengharumkan

Limau Kasturi dapat mengahrumkan mulut malah ia juga amat mujarab mengatasi masalah bau badan. Tumbuk limau kasturi bersama kulit sehingga lumat. Kemudia rebus bersama dua gelas air. Biarka sejuk tapis air rebusan ini,Kumur mulut dua kali sehari dengan air tapisan ini. Kulit limau kasturi jangan dibuang. Boleh diambil makan.ia akan dapat membantu mengurangkan bau badan. 

Khasiat Daun Jambu Batu

Ambil 10-15 helai daun jambu batu muda, kisar dengan 1/2 cawan air.Campurkan dengan sedikit garam. Tapis dan kumur dengan air tapisan. Boleh dilakukan setiap hari. bau yang kurang enak dapat diatasi. Jika anda rajin mengamalkan petua ini hampas air rebusan jangan dibuang tetapi boleh dijadikan skrub untuk menggosok ketiak. Bau badan akan hilang dan kulit dibahagian ini akan hilang 

Air Rebusan Cengkih 

Air Rebusan Cengkih dan bunga lawang amat bermanfaat. Untuk Kesihatan oral. Kombinasi air rebusan herba ini dapat menghilangkan bau mulut dan gusi serta mengurangkan kesakitan akibat gigi berlubang. Rebus lima tangkai bunga lawang dan bunga cengkih dengan air secukupnya. Biarkan air rebusan ini sejuk, kemudian kumur mulut pada waktu pagi dan malan sebelum tidur dengan air tersebut.

Hisap Kulit Kayu Manis

Kulit Kayu manis dikatakan dapat membenatu mengurangkan bakteria di dlam mulut yang menajdi salah satu punca nafas berbau, Kunyah sedikit kulit kayu manis setiap malam sebelum tidur. telan airnya manakala hampas pula di buang.

Kunyah Hampas kelapa

Goreng semangkuk kecil hampas kelapa di dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga kekuningan, kacau selalu agar tidak hangus.Apabila hampas kelapa telah sejuk, kunyah sehingga hancur. Anda boleh telan atau buang. Lebihkan minumair suam agar dapat menjaga kebersihan mulut. hampas kelapa juga boleh digunakan sebagai skrub untuk kecantikkan kulit. 

Daun Pudina Menyegarkan

Rendam Daun Pudina dalam air suam. kemudia biarkan ia larut. Apabila air rendaman ini sejuk minum dua tiga kali sehari. Nafas akan berbau segar dan kebersihan mulut juga dapat dijaga. 

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!


Kredit to Majalah Mingguan Wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan