Ahad, 26 Oktober 2014

Tip Putihkan Gigi

6 Tip Putihkan Gigi

Gigi yang kuning membuatkan berasa malu dan rendah diri. perbualan juga menjadi tidak lantar kerana perasan segan untuk membuka mulut, lantaran pertuturan menjadi tidak jelas dan anda sama sekali kelihatan tidak yakin. 

Bagi yang berkemampuan boleh membuat rawatan khas di klinik gigi. Namun bgi yang kurang mampu tapi masih mampu untuk memilik gigi cantik, Hari nie share yang saya baca majalah Mingguan Wanita dengan kawan-kawan semua cara memutihkan gigi. Selamat Mencuba!!!!

  • Arang Bersihkan Kotoran 
Cara mudah, basahkan berus gigi kemudian taburkan sedikit serbuk arang. berus gigi dengan gerakan bulat selama lebih kurang dua hingga tiga minit. Cuci gigi sehingga benar2 bersih. Serbuk arang membantu mengatasi masalah gigi kuning kerana ia membersihkan gigi dengan lebih baik. Namu petua ini jangan diamalkan selalu terutama golongan yang mempunyai masalah gigi sensitif. Cukup Sekadar seminggu sekali sahaja. 

  • Buah Stawberi & Minuman Soda 
Campurkan buah stawberi yang telah dilenyek dengan sedikit minuman soda. Kemudian Sapukan ramuan ini pada berus gigi deng
an perlahan. Bersihkan gigi diikuti menggosik gigi menggunakan ubat gigi. lakukan petua ini seminggu sekali. 

  • Kulit lemon Memutihkan 
Gosok gigi dengan bahagian dalam kulit lemon atau oren. Selepas itu bilas sehingga bersih. Kemudian gosok gigi sekali lagi menggunakan ubat gigi. Untuk mendapat hasil yang memuaskan lakukan petua ini sekali seminggu. Kulit limau atau lemon membantu menghakis kotoran dan memutihkan gigi. 

  • Produk Tenusu Bersihkan Mulut
Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt mempunyai kandungan mineral yang dapat membantu menguatkan dan memutihkan gigi. susu dan yogurt juga diakatakan mampu mengekalkan kebersihan mulut.

  • Serbuk Buah Pinang
Bakar buah pinang sehingga hangus. kemudian hancurkan. Sapu serbuk buah pinang pada gigi. gosok gigi perlahan-lahan menggunakan kain.

  • Garam & Lemon 
Potong lemon kepada empat bahagian. kemudian taburkan garam pada hirisan. Gosok gigi perlahan-lahan lakukan dua kali sebulan sahaja, jagan lakukan dengan kerap kerana garam boleh merosakkan enamel gigi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan