Sabtu, 25 Oktober 2014

Resepi Laksam Kelantan

Assalamualaikum semua, 

Hari nie saya nak kongsikan resepi Laksam, Laksam nie famous kat negeri belah pantai timur sahaja..Kalau di negeri saya kat kelantan selalu yer laksam nie di buat sarapan pagi...Nak dijadi kan ceritanya semalam sebelum nak tdo anak pompuan saya nie request nak makan laksam. Jadi pagi nie pagi2 lagi ibunya dah terpacak kata dapur nak buat laksam nak penuhi permintaan anak, lagipun dah lama jgk x makan laksam nie...laksam nie berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat dinegeri lain, laksam menggunakan santan sebagai bahan asas untuk membuat kuah, lebih banyak ulam ulaman, ada sambal dan belacan dan penggunaan mi yang berlainan walaupun asasnya tepung beras.Nak buat laksam senang jer!!!!!, Meh kita tengok apa bahan2 yang diperlukan untuk membuat laksam..

LAKSAM

3cwn tpg beras 
1/2 cwn tpg gandum 
4cwn air suam

Gaulkan semua bahan-bahan.
Panaskan kukusan. 
Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak utk mengelak dari melekat.
Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk.
Kukus sampai masak. 
Bila dah masak, keluarkan.
Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.
Ulang sampai habis 

Kuah Laksam
Ikan -
boleh guna kembung, tamban atau tenggiri (direbus, dibuang tulang) ita guna 3 hiris ikan tenggiri
1 inc halia
3 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
1 sudu teh  lada hitam
1 biji Santan 
3-5 keping Asam keping 
Sdkt garam 
Sedikit gula merah atau gula pasir

kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat. 

Bahan Ulam
timun
kacang panjang
taugeh
daun kesum

Kesemua bahan di atas di hiris halus.

Bahan Cili
cili merah 
belacan 
garam 
limau nipis atau limau kasturi

cili merah tumbuk dgn belacan, tambah garam sikit dan perahkan limau

Tadaa... laksam saya dah siap dihidang, tunggu masa nak ngap jer!!!!!

Laksam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan