Jumaat, 24 Oktober 2014

Makanan Singkir Lemak Perut

8 Makanan Singkir Lemak Perut 

Selepas penat bersenam dan menjalani diet dengan penuh disiplin maka sudah pastilah beberapa bahagian ditubuh yang dahulunya besar semakin mengecil. Tapi lemak di bahagian perut susah untuk disingkirkan...

Adakah anda melalui msalah seperti ini. Apakata anda cuba ambik beberapa jenis sumber makanan seperti berikut. Ia diakatakan memberi manfaat membakar lemak di perut dengan kadar yang cepat. 

Teh Hijau

Teh Herba ini merupakan antara teh yang amat bagus untuk mengecilkan perut sekali gus mengurankan masalah radang didalam tubuh. Kandungan flavanoid yang bersifat anti inflamasi dan semula jadi itu dikatakan mampu membakar lemak degil yang terkumpul dibahagiab perut. 

Sumber Makanan Omega 3

Terdapat satu kajian menunjukkan individu yang mengamalkan diet menggunakan asid lemak omega 3 yang tinggi berupaya mengecilkan perut sekali gus menjadikan ia kelihatan lebih rata, Antara makanan yang di cadangkan ialah kacang walnut dan ikan. 

Bawang Putih

Pasti ramai yang masih belum tahu bahawa bawang putih mampu bertindak sebagai bahan antibiotik semulajadi sekali gus gula dalam darah. Ini kerana apabila paras gula terkawal maka proses pembakaran lemak di perut dapat distabilkan. Pada masa yang sama bawang putih juga mengandungi sejenis bahan yang dipanggil thermogenis dimana ia berfungsi untuk meningkatkan tahap metabolisme. 

Daun Pudina

Kehebatan Daun Pudina selain memberi kesan kesihatan mulut, ia juga berupaya membakar lemak di bahagian perut. Ini di sebabkan kandungan bahan semula jadi di dalamnya yang mampu melarutkan lemak seterusnya meningkatkan sistem metabolisme tubuh. 

Kulit Kayu Manis

Kehebatan kulit kayu manis tidak mampu di sangkal lagi. ia dikatakan mampu menjadi agen pembakar lemak yang paling efektif. Cuma tambahkan sedikit kulit kayu manis di dalam makanan atau minuman yang akan diambil. Di samping menyihatkan badan dan mengempiskan perut. ia juga turut membangkitkan aroma lazat pembangkit selera. 

Tembikai 

Buah tembikai mengadungi saiz peratusan air dimana ia mampu membuatkan seseorang berasa kenyang dengan cepat. secara tidak langsung, cara ini dikatakan mampu menghindarkan diri daripada keinginan untuk sentiasa mengunyah makanan seterusnya memberi kesan terhadap kenaikkan berat badan. 

Epal

Buah Epal selain daripada mempu menghindar diri dari pelbagai serangan penyakit. Mengambil buah epal secara konsisten dikatakan mampu mengurangkan lemak di bahagian perut. mana tidaknya, ia berupaya membuat perut berasa kenyang dengan cepat kerana banyak bahan kalium di dalamnya. 

Pisang 

Buah pisang juga sama seperti buah epal. buah pisang juga kaya dengan kalium dan pelbagai vitamin yang mampu membuat seseorang merasa kenyang. pada masa yang sama ia juga berupaya meningkatkan tahap metabolisme dalam tubuh. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan