Puding Roti Sos Kastard
Bahan-Bahan untuk Puding Roti
7-8 keping roti (potong kulit tepi)
500ml atau 2 cawan susu segar
(boleh digantikan dengan susu cair)
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega (dicairkan)
(boleh digantikan dengan marjerin)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar kismis
Bahan-Bahan untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (gunakan tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
Bahan-Bahan untuk Sos Vanila
500 ml susu segar
80 gram gula
20 gm tepung kastard (dilarutkan dengan sedikit air)
1/4 sudu kecil esen vanila
Cara-Cara untuk Membuat Puding Roti
1. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan campurkan bahan-bahan untuk Puding roti ke dalam loyang.
2. Koyakkan atau potongkan roti dengan kecil-kecil. Masuk dan susunkan roti dalam loyang tadi.
3. Masukkan susu juga selepas masukkan roti dalam loyang. Biarkan roti tersebut terendam dan meresap seketika.
4. Masukkan separuh krimis dan juga mentega yang cair. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega. Taburkan baki krimis ke atas adunan.
5. Masukkan telur, gula, garam, esen vanila dan tepung jagung. Kacau dengan rata sehingga sampai sebati dan sedikit gebu.
6. Perapkan selama 20 minit sehingga roti lembut.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 °C selama 30 minit atau sehingga masak.
Tips: Loyang boleh juga diliputi oleh aluminium foil terlebih dahulu untuk mengelakkan pudding roti melekat ketat dengan layong tersebut.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Kastard
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga agak pekat.
2. Kepekatan mengikut selera masing-masing.
3. Gaulkan bahan-bahan sos kastard dan masakkan di atas kuali dengan api yg sederhana sebentar.
4. Tuangkan ke atas Puding roti yang sudah siap disediakan tadi.
Tips: Jika suka makanan yang sejuk, boleh masukkan dalam peti sejuk dahulu sebelum Puding roti itu dipotong dan dituang oleh sos kastard.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Vanila
1. Masakkan semua bahan kecuali tepung kastard ke dalam kuali dengan api yang sederhana.
2. Masakkan susu dan gula sampai menggelegak.
3. Masukkan esen vanila dan bancuhan kastard dan kacau sebati sampai menggelegak.
4. Tutupkan api dengan segara. Kalau rasa sos vanila masih cair, buat bancuhan kastard lagi sedikit atau masak lama sikit.
5. Tuangkan ke atas Puding roti yang sudah siap disediakan tadi. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Banyak kismis yang ingin digunakan bergantung kepada kehendak masing-masing.
Sebenarnya, untuk mengetahui atau memastikan samada puding roti telah masak atau belum, bekas pembakar boleh dikeluarkan dari ketuhar dan cuba menggoyang-goyangkan sedikit bekas tersebut. Sekiranya adunan di bahagian tengah puding roti masih bergoyang-goyang, waktu pembakaran boleh ditambahkan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan