Khamis, 23 Oktober 2014

Kuih Lompang @ Kuih Kosu



assalamualaikum,........

Hari ni nak berkongsi resepi plak, dengan kawan di alam maya, disebab kan hari Cuti x kerja, jadi ada lah sedikit masa nak buat kuih untuk minum petang,Kuih kalau di negeri kelantan dipanggil Kuih Kosu tp kat KL orang panggil Kuih lompang, mungking sbb dia berlubang kat tgh kot dipanggil kuih lompang.Kuih lompang nie kalau masa saya sedang berpantang melahirkan anak, ibu saya selalu jadikan kuih nie sebagai hidangan minum petang semasa dalam pantang..kuih nie senang jer, hanya ambil masa dlm sejam pun dah bleh proses membuatnya. Jom kita tengok apa resepi yer!!!!!!

Kalau orang yang tak pernah buat pun, jangan risau. Ikut betul-betul resepi ni ya.

Kuih Lompang @ Kosu

Kuih Lompang @ Kuih Kosu

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
 3 helai daun pandan

Hiasan di atas lompang :
Kelapa parut yang putih
secubit garam halus
1 helai daun pandan
-gaul rata kelapa parut dan garam, kukus bersama daun pandan sekejap

Cara masak :
1. Satukan gula merah, gula pasir  serta 1 cawan air. Masak  bersama daun pandan hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Satukan tepung beras, tepung ubi kayu, air kapur dan 1 cawan air. Gaul sebati. Masukkan air gula yang disejukkan tadi dan kacau lagi hingga sebati semuanya.
3. Panaskan periuk kukusan. Sendukkan bancuhan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 10 minit atau pun sehingga masak.
4. Angkat kuih lompang yang telah masak dan rendam separuh tenggelam dalam air biasa. Tujuannya supaya cepat sejuk dan mudah mengeluarkan lompang dari acuan.
5. Keluarkan lompang dari acuan dengan menggunakan hujung sudu secara berhati-hati. Letakkan kelapa parut di atasnya.

* sapu acuan lompang dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan supaya senang tanggal dari acuan. atau pun merendamnya dalam air supaya sejuk.


SELAMAT MENCUBA YER!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan