Tip Sihat : 4 Punca Ketagih Makanan Ringan
Ramai yang ketagih untuk
mengambil makanan yang tidak sihat, terutamanya jenis makan ringan. Perlu diketahui
bahawa keinginan untuk mengambil makanan ringan adalah didorong oleh tabiat
pemakanan individu itu sendiri. Oleh itu kita perlu mengubah tabiat tersebut.
Perkara berikut adalah beberapa kebiasaan yang lazimnya membuat seseorang itu
mudah terdorong untuk menjadikan makanan ringan sebagai “teman” .
Lewatkan
Waktu Makan Malam
Melengah-lengahkan waktu makan
mampu menurunkan paras gula di dalam darah. Kesanya keinginan untuk mengunyah
terutamanya makanan yang tidak sihat sentiasa meningkat. Tubuh kemudianya akan
menghantar isyarat yang membuatkan anda ingin mengambil lebih banyak
karbohidrat bagi menghasilkan tenaga. Pada masa yang sama, perut pun akan
merasa lapar dengan lebih cepat. Oleh itu berdisiplinlah pada waktu makan yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan masalah ini tidak terus berlaku..
Emosi
Yang Tidak Stabil
Selain waktu makan yang tidak
teratur, ketiakstabilan emosi juga boleh mempengaruhi keinginan untuk mengambil
makanan ringan. Kesanya pasti berlaku masalah kurang tidur yang mana ianya akan
mempengaruhi keinginan untuk mengambil makanan ringan. Akhirnya perasaan letih
yang menekan menghendaki badan agar mencari sumber tenaga dengan cepat dimana ia terkandung di dalam
karbohidrat dan juga gula, Faktor ini lah yang
membuatkan anda semakin berkeinginan untuk mengambil makanan ringan.
Tekanan
Seseorang yang sedang tertekan
dengan masalah mendorong diri untuk mengambil lebih banyak makanan ringan atau
makanan yang tidak sihat. Cuba elakkan perkara ini dari terus berlaku dengan
mengaplikasi kaedah lain.Mungkin boleh dijauhkan makanan-makanan tersebut
ketika anda merasa tidak tertanggung memikirkan masalah. Jika tidak, pasti
mulut terlalu mengidam untuk menjamah walau satu jenis makanan ringan sahaja.
Marah
Jangan terkejut sekiranya ada yang
meberi alas an bahawa makanan ringan boleh menghilangkan rasa marah dengan
melepaskan emosi yang membebankan. Jadi Selepas ini cuba elakkan diri dari
mengunjungi restoran makanan segera atau mengambil makanan ringan ketika marah.
Belajarlah untuk kawal atau lepaskan emosi
dengan cara yang sihat dan betul. Tidak mustahil selepas ini anda akan
merasa satu ketenangan dan kesegaran yang belum pernah dirasai sebelum ini.
Semoga dengan perkongsian Tip ini Berguna untuk kita semua....:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan