Jumaat, 5 Disember 2014

Info Untukmu Mama: Tip Cegah Bayi Tersedak

Tip Cegah Bayi Tesedak


As salam. Hai apa khabar semua.... bertemu lagi dengan entry kali ini mengenai Tip Untuk Mencegah Bayi Tersedak.Selalu kita dengar tentang kematian bayi berpunya dari tersedak susu...jangan di pandang remeh perkara ini terutama ibu-ibu yang baru bergelar ibu....

Lazimnya bayi tersedak akibat diberikan susu formula dari botol. Namun begitu tidak bererti bayi yang mendapat susu ubu tidak tersedak, kerap kali bayi yang beru berumur 50 hari akan menghisap susu ibu dengan lahapnya menyebabkannya tersedak.
Oleh itu, para ibu harus tahu cara mencegah agar bayi tidak tersedak, sesuai dengan faktor penyebabnya. Antara punca tersedak ialah:

Ø  Susu Ibu Melimpah – Ibu harus mengepam keluar susu dan kemudiannya diberikan kepada bayi dengan menggunakan sudu atau cawan kecil. Dengan cara ini, jumlah susu yang masuk ke dalam mulut si kecil dapat disesuaikan dengan kemampuannya menelannya, Berikan dengan posisi bayi duduk atau bersandar dengan sudut 45 darjah.

Ø  Susu Ibu keluar terlalu laju – Hentikan dahulu pemberian susu kepada anak, Ini membuatkan aliran susu ibu  semakin perlahan dan akhirnya keluar secara titisan. Ketika ini, susui kembali bayi.

Ø  Salah Posisi Menyusu – Perhatikan posisi tubuh anak ketika disusukan, perut bayi dan perut ibu harus saling bertemu dan dagu bayi berada pada payudara anda. Dengan posisi menyusu seperti ini, sekali pun anda menyusukannya sambil berbaring dapat mengelakkan bayi tersedak.

Bagi bayi yang telah berusia enam bulan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. Bayi ketika ini telah bersedia untuk menerima makanan dan minuman lain. Berikut antara beberapa faktor si kecil tersedak ketika makan dan minum:

³  Peralatan Minum yang tidak Sesuai – Gunakan peralatan yang khusus dan sesuai dengan perkembangan kemampuan makan atau minum si kecil

³  Bergurau  semasa Makan – Janagan memberikan minum kepada anak sambil mengajaknya bergurau, Apabila anak diberi minum sambil ketawa atau bercakap, injap pada saluran pernafasannya akan terbuka.

³  Jumlah cecair yang terlalu banyak – Aturkan agar jumlah air yang masuk ke dalam mulut anak sesuai dengan kemampuannya menelan.



Tindakan Segera yang perlu dilakukan

Jika bayi tiba-tiba tidak menangis atau batuk, mungkin ada sesuatu yang menghalang pernafasannya. Tanda lain, pernafasanya berbunyi atau tidak mengeluarkan suara ketika membuka mulut. Kulit wajahnya berubah kebiruan atau kemerahan.

Tindakan yang boleh anda lakukan :
Segera baringkan bayi dengan kedudukan mengiring atau meniarap untuk mengeluarkan cecair. Jangan sesekali mengangkat atau mendukung bayi kerana akan menyebabkan cecair di dalam kerongkong masuk ke dalam saluran paru-parunya.  


Anda mungkin juga  berminat untuk membaca artikel mengenai SET IBU MENYUSU      klik disini


Jemput Follow diblog saya untuk mendapatkan info2 tentang kesihatan

H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 
Email: supplement.eshoppe@gmail.com

11 ulasan:

  1. BahaYa tu tersedak susu..Tp kalau anak saya tersedak dia terus je minum..Huhu...Sy yg takut sbb dia tknk lepaskan puting..

    PILIH TASKA YANG SELAMAT

    BalasPadam
  2. Kekadang tu risau jugak kalau tersedak nie. Tambah2 kalau terjadi pada budak kexik..alahaii..

    JommSihatDanCantik -> VITAMIN C DAN BIOFLAVONOIDS

    BalasPadam
  3. aduhh ngeri..pernah terjumpa satu pasangan ni shopping, letak baby dalam stroller lepas tu sumbat dengan botol susu yang disangga dengan bantal kecik...aduhhh ngeri bila ingat balik, rasa menyesal tak menyibuk tegur risau tersedak

    BalasPadam
  4. Pemilihan puting botol yang sesuai pun perlu dititikberatkan.

    KENAPA PERLU MENGAMALKAN VITAMIN C?

    BalasPadam
  5. Selalu dgar isu baby tersedak. Ibu kena pandai mainkan peranan

    BalasPadam
  6. Walau sibuk macam mana puan, jangan sesekali berikan susu kepada bayi tanpa pengawasan. Jika dah tersedak, memang sangat bahaya.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    BalasPadam
  7. tips yang beguna terutama bagi yang pertama kali menyusu..

    Masalah Kesuburan

    BalasPadam
  8. Selalu sangat terbaca dalam akhbar baby meninggal kerana tersedak...sedih sangat

    set kurus ibu menyusu terbaik dari shaklee

    BalasPadam
  9. terima kasih krn berkongsi tips menarik ni.. selalu dengar berita bayi mati akibat tersedak... sedih rasanya

    BalasPadam
  10. Info yang sangat bagus. Semoga ibu2 kat luar sana sentiasa alert

    BalasPadam
  11. Bagus info ni.. Khas untuk mereka yang mempunyai anak kecil awas kalau menyusukan bayi
    Pudarkan Pigmentasi untuk Tampil lebih yakin

    BalasPadam