Ahad, 7 Disember 2014

Info Sihat: Awas!!! Senaman Berlebihan Boleh Undang Masalah

Awas!!!! Senaman Berlebihan Boleh Undang Masalah

Seperti yang kita semua tahu bersenam adalah baik untuk kesihatan. Namun jika salah cara senaman yang dilakukan ia akan mengundang masalah. Contohnya ada yang bersenam secara membuta tuli tanpa memikirkan otot badan yang selama ini tidak di biasakan dengan cara senaman. 

Cara sebegini akan mengundang masalah malah menyakitkan badan. Apabila ini berlaku pastinya anda tidak lagi mahu melakukan senaman dengan alasan menyakitkan tubuh. Tambah beberbahaya jika anda pengidap penyakit jantung atau penyakit kronik yang lain. Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui jenis senaman yang sesuai dengan usia anda. Sekiranya masih remaja dan awal dewasa, mungkin acara senaman yanglebih bebas boleh dilakukanseperti berjoging dan melakukan aktiviti di gymnasium tanpa batasan. Namun jika sudah berusia dan tambahan pula menghidap penyakit, anda juga harus tahu senaman yang sesuai untuk anda. Sebelum anda melakukan senaman, pastikan anda tahu beberapa perkara terlebih dahulu.


Bagaimana Cara untuk memulakan senaman??

  • Tetapkan matlamat, sekiranya tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek
  • Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seelok-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan
  • Tetapkan tempoh masa, pastikan tempoh masa mengikut keupayaan tubuh badan. 
  • Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya anda telah Berjaya mencapai matlamat, tambah kelajuan berjalan
  • Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, anda boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk menjalankan senaman ini. 

Kesungguhan dan ketekunan melakukan senaman semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing dan menarik bukanlah cara yang terbaik. Silap haribulan, timbul masalah lain pada tubuh anda akibat bersenam secara berlebihan. Mungkin inilah yang akan anda rasai:-

SAKIT SENDI TULANG
• Rasa sakit pada sendi tulang di bahagian lutut, siku dan pergelangan tangan adalah tanda bahawa anda telah melakukan latihan yang berlebihan. Sama ada terlalu banyak ulangan pada latihan atau menggunakan alat berat dengan bebanan yang terlalu besar. Mungkin rasa sakit juga boleh terjadi jika anda menggunakan alat senaman itu dengan cara dan teknik yang salah.

• Sebaliknya, jika anda merasa sakit pada bahagian otot, itu menandakan otot anda terbentuk dan menjadi lebih kuat.

TETAP BERLATIH WALAUPUN TERASA SAKIT
• Ketika anda melakukan senaman dan mula terasa sakit, segeralah berhenti. Jika anda terus memaksa diri melakukan senaman itu, sudah pasti keesokkan harinya badan anda akan merasa sengal dan lenguh.

• Jangan memaksa diri untuk terus melakukan senaman. Sebaiknya berhentilah. Jika tidak, mungkin anda tidak mampu datang ke gimnasium seminggu kemudian.

LAKUKAN SENAMAN SETIAP HARI
• Apabila anda disaran untuk menggunakan alat senaman sebanyak 3-4 kali seminggu, maka lakukanlah. Jangan gunakan lebih daripada apa yang disarankan kerana ia boleh menyebabkan badan anda cedera.

• Anda boleh lakukan latihan kardio atau yoga di saat anda tidak menggunakan alat berat. Ingat, badan anda memerlukan masa untuk berehat terutamanya selepas anda melakukan latihan menggunakan alat berat.

TIDAK MENGGUNAKAN TEKNIK YANG BETUL
• Berlatih sehingga melepasi kemampuan diri adalah sangat berbahaya. Untuk tidak melepasi kemampuan anda, berhentilah dengan segera jika anda tidak dapat melakukan latihan dengan teknik yang sesuai. Ini untuk mengelakkan risiko cedera.

TINGKATKAN BEBAN TERLALU CEPAT
• Dengan meningkatkan beban pada alat berat, ia boleh membantu pembentukan otot. Namun peningkatan terlalu cepat boleh membebankan anda. Contoh, peningkatan beban yang disarankan adalah 1-2kg setiap minggu. Ini untuk memberi masa kepada otot anda menyesuaikan diri dengan penambahan berat tersebut.

KESANNYA!
Menurut Greg Justice, ahli fisiologi di Kansas City, terdapat kesan buruk pada kesihatan apabila seseorang itu melakukan senaman yang berlebihan. Antaranya:

MERASA PENING & GANGGUAN TIDUR
• Apabila anda memaksa diri melakukan senaman, anda pasti mengerakkan gigi sehingga menyebabkan rasa pening di kepala. Keadaan ini boleh mengganggu tidur anda kerana hormon kortisol (stres) dalam badan akan bertambah apabila anda melakukan latihan yang berlebihan.

MUDAH MENDAPAT SAKIT
• Apabila anda melakukan latihan yang berlebihan, badan dan sistem imunisasi anda akan lemah serta mudah diserang penyakit. Kesannya, ia berlawanan dengan tujuan sebenar anda bersenam dan sasaran yang ingin anda capai.


*Mungkin anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan,Saya cadangkan menggunakan SET KURUS  SHAKLEE 

Berminat Untuk mendapatkan SET KURUS SHAKLEE  Boleh Hubungi saya. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. 

H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 
Email: supplement.eshoppe@gmail.com
Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati 
potongan hebat 15% - 20%
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE

Jemput Follow diblog saya untuk mendapatkan info2 tentang kesihatan

Pick Up/COD Area:
Cheras/Seri Kembanga/Putrajaya/Cyberjaya
&
Penghantaran seluruh Malaysia

Dapatkan pelbagai Supplement Shaklee sekarang!!!

14 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. I really like this kind of info!tgh mencari gym yg sesuai utk mulakan workout..hehehe

    BalasPadam
  3. Info yang bagus. Maknanya nak buat exercise pun kenalah bersesuaian dengan kesihatan dan kemampuan kita.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    BalasPadam
  4. Kalau malas nak senam berat-berat ambil lah set Shaklee. Senam ringan-ringan je.cam saya


    Resdung atau Sinus

    BalasPadam
  5. Sy eksesais dgn naik turun tangga dan squat je..squat baru nak mula buat

    BalasPadam
  6. Nak bersenam boleh tapi jangan sampai membahaya kan diri...buat sekadar yang termampu saja.

    manfaat vitamin c yang harus di ketahui umum

    BalasPadam
  7. Belum lagi dpt exercise yg betul2 exercise. Byk exercise naik turun tangga, vacuum umah, kejar anak-anak hehe thanks for info

    BalasPadam
  8. Betul juga kan kalau kita senaman tak sesuai dengan stamina kita..maka senaman itu akan dapat memudaratkan badan juga.

    Adakah Anda Salah Satu Dari Mereka Yang Perlukan Vitamin C>

    BalasPadam
  9. Kena ada guideline juga nk lakukan senaman. takleh main redah kita aje kan..

    BalasPadam
  10. Apa-apa pun biarlah bersederhana. Exercise nak sihat, bukan bawa efek lain pula.

    BalasPadam
  11. Senaman yang biasa2 dah la. Kalau nak yg luar biasa tu boleh la cari orang yg expert..

    JommSihatDanCantik -> PETUA ORANG DULU-DULU 3.0

    BalasPadam