Ahad, 16 November 2014

Resepi Kek Coklat Moist Kukus

Minum Petang Dengan Kek Coklat Moist Kukus

Assalammualaikum dan selamat petang semua memandangkan cuaca di luar hujan renyai-renyai dari pagi tadi lagi.....jadi aktiviti outing dengan anak-anak dibatalkan..jadi ibu memikirkan menu untuk minum petang hari ini, siapa  yang tak suka dengan kek coklat, rasa yer semua orang suka dengan kek coklat nie terutamanya anak dara saya nie lah yang paling suka dengan kek coklat  tu yang membuatkan ibu  rajin sikit nak buat  kek coklat kukus ni, lagi sedap rasanya bila kita simpan dalam peti ais semalaman baru makan, makan sejuk-sejuk, minum pula segelas susu segar, amatlah sesuai, resepi yer biasa je, tapi rasa nak berkongsi dengan kawan-di alam maya nie...  resepi boleh rujuk di bawah ni ye, kalau nak bakar pun boleh, tapi hari saya buat kukus jer, sebab malas nak keluarkan oven...


KEK COKLAT MOIST KUKUS


KEK COKLAT MOIST KUKUS

Bahan-bahan 
  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dengan telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
  3. Masukkan ke dalam loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.

GANACHE SIMPLE

Bahan-Bahan
  • 150gm cooking chocolate
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
  1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
  2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan.minyak dan kacau.
  4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek
*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais.

Selamat Mencuba!!!!!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan