Posisi Tidur Untuk Ibu Hamil
Posisi Tidur Yang Betul Untuk Ibu Hamil
Pasti ramai ibu hamil sukar untuk mendapat tidur yang lena dan selesabila saiz perut kian membesar. Mengiring ke kiri susah ke kanan lenguh, tidur menelentang apatah lagi, bagi bakal ibu janganlah rasa sedih sebenarnya ada beberapa posisi yang dicadangkan untuk membolehkan bakal ibu selesa beradu.
Antara posisi yang dicadangkan ialah:
Tidur Mengiring Ke Kiri
Ibu-ibu hamil digalakkan tidur dengan keadaan mengiring ke sebelah kiri. Ini bagi melancarkan pengaliran darah ke tahap yang optimun dari tubuh kembali ke jantung. Oleh yang demikian, aliran darah dan nutrisi dapat disalurkan semaksimum mungkin kepada bayi melalui plasenta. secara tidak langsung ia membantu buah pinggang untuk membuang sisa produk dan cecair dari tubuh badan ibu sekali gus mengurangkan pembengkakan pada pergelangan tangan dan kaki.
Hindari Tidur Terlentang
Ibu tidak digalakkan tidur dalam keadaan posisi tersebut. anda secara tidak langsung telah menekan usus dan vena besar yang menganggu aliran darah untuk kembali ke bahagian jantung. Ia mempengaruhi tekanan darah bagi sesetengah ibu. Jika dibiarkan, ia boleh mengakibatkan masalah pening, sakit kepala dan sesak nafas. sebaliknya peningkatan tekanan darah tinggi pula boleh mengakibatkan masalah sakit pinggang,buasir, gangguan pencernaan, serta pembengkakan pada pergelangan kaki dan tangan. Dinasihatkan, apabila terjaga di waktu malan dan tertidur dalam keadaan yang terlentang maka cepat-cepatlah ubah ke posisi mengiring.
Gunakan Bantal Sebagai Sokongan
Pastinya ibu-ibu hamil memerlukan sokongan untuk menambah keselesaan sewaktu tidur. caranya mudah sahaja iaitu dengan meletakkan sebiji bantal sama ada dibawah perut atau kaki. Sementara itu, untuk menyokong bahagian belakang badan yang lebih kecil bagi mengelak anda tertidur dalam keadaan yang terlentang.
Bantal Kehamilan Bantu Tidur Yang Selasa
Dipasaran terdapat pelbagai jenis bantal istimewa yang direka khas khusus untuk ibu-ibu hamil. ini bagi memberi lebih keselesaan terutamanya ketika tidur.Dengan bantuan bantal kehamilan.Bakal-bakal ibu dapat mengamalkan postur tidur yang selasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan