Isnin, 17 November 2014

Petua Menghilangkan Masalah Bayi Kembung Perut

Petua Menghilangkan Masalah 

Bayi Kembung Perut. 

Sewaktu berpantang kita bukan saja menjaga diri kita sendiri malah bayi kita kena extra jaga  juga. Jika kita lalai merawat bayi yang baru lahir, mereka akan mula meragam. Kita juga yang susah.
Masalah bayi meragam kebiasaanya kerana kembung perut dan bayi akan mula merengek minta di belai. Apa kata setiap kali selesai memandikan bayi anda , demah bayi anda dengan tuam. Cara bertuam pun terpulang kepada anda untuk memilih yang paling praktikal.
Bayi kita akan tidur lena jika tidak mengalami masalah kembung dan kita juga boleh dapat merehatkan badan atau melakukan kerja-kerja ringan sewaktu berpantang.
Petua yang saya dapat ketika meng'google' untuk masalah kembung perut bayi.Ibu-ibu muda seperti  saya mesti runsing, risau, kasihan melihat simanja.Saya akan kongsikan dengan rakan-rakan pembaca semua..




 cara untuk mengatasinya
  1. Setiap kali melaukakan bertuam sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di bawah pelipat, di tapak kaki, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang. jika anda rajin melakukanya insyaalah bayi jarang mendapat kembung perut
  2. Menggunakan daun sirih yang di layur di atas api  dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang.Setelah itu barutkan pada perut bayi
  3. Sebaik-baiknya anda sendawakan bayi anda sebaik selesai menyusukannya. Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan bayi amat mudah dan anda boleh lakukan mana yang anda rasa lebih selesa. Anda juga boleh tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan.
  4. Ambil dua atau tiga biji lada hitam atau jintan manis dan bunjutkan, panaskan atas api lilin, kemudian tekapkan di ari-ari bayi. Pastikan tidak terlalu panas 

Cara mengelak masalah kembung perut bayi.

  1. Pastikan  selepas menyusu, sendawakan bayi .Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan atau dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya perlahan-lahan untuk menggalakkan angin dalam perut dilepaskan.
  2. Meniarapkan bayi.
  3. Apabila bayi menangis berterusan, akan mengakibatkan perut bayi mudah kembung. Oleh itu, ibu bapa perlu segera memujuk bayi dengan memeluknya, ia bagi menenangkan emosinya supaya mengelakkan masalah perut kembung menjadi lebih teruk.
  4. Postur menyusukan bayi harus juga diperhatikan.Jika bayi disusukan dengan susu botol, pastikan susu penuh pada mulut botol. Ini bagi mengelakkan bahagian hadapan mulut botol serong untuk mengelakkan bayi tertelan banyak udara. Bagi kaedah menyusukan bayi dengan susu ibu, biarkan bayi berdepan dengan payudara ibu, dan pastikan mulut bayi masuk dalam keseluruhan puting dan areola.
  5. Sebahagian makanan pepejal juga boleh mendatangkan perut kembung. Seperti makanan yang berangin.
Faktor- faktor  yang menyebabkan bayi kembung perut.
  1. Bayi menyusu mengunakan botol, saiz lubang puting botol yang tidak sesuai atau kedudukan botol salah ketika menyusu.
  2. Bayi menangis berlebihan juga mungkin menyebabkan kembung perut.

1 ulasan:

  1. Elakkan ibu minum ais dan makan makanan berangin. Dapat elak dari anak kena kembung perut

    BalasPadam