Jumaat, 21 November 2014

Kuasa Pelukan Ibu

Hebatnya Pelukan Seorang Ibu Kepada Anak


www.bazarvitamin.blogspot.com

Pelukan memiliki kuasanya yang tersendiri,pelukakan adalah perpaduan jiwa dan raga dimana dua orang lebih yang saling mencintai dan kasih kasih sayang. Bahawa dengan pelukan akan menjadi lebih sihat, kurang tekanan dan awet muda, Begitu indah ciptaan Allah SWT apabila menjadikan setiap inci tubuh badan manusia.Tubuh Manusia adalah terapi untuk masalah yang dihadapi 
Pelukan merupakan salah satu bentuk kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
Bila kita peluk dia setiap hari terutamanya seorang ibu, anak tahu yang kita sayangkan dia. Dia akan tahu kita sentiasa menjadi penyokong paling kuat. Anak akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosinya akan terbela. 

Anak-anak umpama permata hati bagi ibu dan ayah. Kita terlalu sayang akan mereka. Namun kadang kala kita tidak boleh menerima kesalahan yang mereka lakukan.
Kita terlalu mahukan yang terbaik untuk mereka sedangkan sebagai kanak-kanak mereka perlu belajar dari kesilapan. Justeru berilah sokongan dan dorongan kepada mereka apabila melakukan kesilapan.

Manfaat yang diperoleh daripada kuasa pelukan ialah:- 


  • Apabila mendapat sentuhan daripada orang yang kita sayangi akan dapat meningkatkan Hemoglobin di dalam darah. Hemoglobin adalah merupakan salah satu bahagian dari tubuh yang membawa oksigen keseluruh tubuh termasuk otak dan jangtung. 
  • Dengan kuasa pelukan akan memberi seseorang berasa selamat dan dilindungi, dimana mempunyai elemen yang menyumbang kepada emosi dan mental yang sihat kepada anak-anak kita. Jika Kita memeluk seseorang yang kita sayangi sebanyak 4 kali akan mengurangkan tekanan, 8 kali pelukkan akan memberikan kestabilan emosi,12 kali pelukan akan membantu dari segi perkembangan psikologi seseorang.
  • Pelukan juga dapat memberikan suntikn  motivasi yang hebat terutama bagi yang dalam keadaan bersedih dan berputus asa. Kuasa sentuhan akan menghasilkan ketenangan bagi mereka yang sedang bersedih dan juga dapat membantu mereka keluar daripada masalah kemurungan dengan secara perlahan-perlahan. Begitu juga pelukan ibu terhadap anak-anak akan menambah semangat serta keyakinan, pelukan itu disertai dengan kata-kata semangat. 
  • Pelukan juga dapat meningkatkan Daya Intelektual Anak-Anak. Menurut daripada satu kajian, kanak-kanak yang selalu mendapat pelukan akan lebih aktif, mempamirkan potensi dalam pembelajaran di sekolah. Keyakinan dalam diri mereka berkembang melalui hasil pelukan yang diterima setiap hari, malah mereka juga tidak mempunyai masalah dalam pergaulan atau komunikasi dikalangan kelompok mereka. 
  • Kesan daripada pelukan yang kerap diterima akan menghasilkan seorang anak yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Sifat kepimpimnan anak-anak boleh dilihat dari usia mereka 9 sembilan tahun lagi. Setiap anak-anak yang dilahirkan telah mempunyai tangungjawab untuk memmpin yang dinamakan "KHALIFAH" dimuka bumi. Memeluk anak dengan erat adalah cara yang terbaik untuk menzahirkan kasih sayang dan sokong terhadap mereka. 

Semoga kita boleh jadikan rutin setiap hari memeluk anak-anak sebagai satu aktiviti yang wajib kita lakukan. ini adalah salah satu amalan rohani bagi menjaga hati dan peribadi anak-anak agar menjadi anak yang soleh dan solehah...

Sebagai ibu bapa berikan hak anak-anak kepada mereka dan jangan sesekali kita meraspas saat bahagia yang sepatut dikecapi seawal usia kanak-kanak dengan kecuaian kita dalam pendidikan. ..pendidikan bukan bermakna pendidikan formal seperti membaca, mengira sahaja namun pendidikan mencakupi pelbagai aspek kehidupan anak yang diterima dari pelbagai sumber yang ada, Pastikan pelukan untuk anak kita mulai pada hari ini, agar masa depan lebih cerah dan bermakna...

Kita hanya mampu berusaha dan hanya kepada Allah SWT kita berserah segalanya. semoga anak-anak kita menjadi anak yang membahagiakan kita di dunia dan di akhirat...Wallahuaklam....

19 ulasan:

  1. Peluklah anak2 kita selalu..supaya hubungan ibubapa lebih erat.

    BalasPadam
  2. Supaya hubungan anak dan ibubapa lebih erat dan saling hormat menghormati..

    BalasPadam
  3. yang dh dewasa pun rindukan pelukan ibu apatah lagi ank-anak kecil

    pilihan bijak untuk si manja

    BalasPadam
  4. pelukan ni memang best kan. jangan lah masa kecil aje kita peluk ibu bapa ni... amalkan selalu... in shaa Allah kemesraan akan semakin erat...

    Tips Cepat Hamil Untuk Isteri Yang Kerapkali Keguguran: Jom Ikhtiar Sebelum Usia Makin Meningkat!!

    BalasPadam
  5. Teringat dekat mak...Insya Allah bulan depan nak balik kampung..


    Masalah Kesuburan

    BalasPadam
  6. Bila kita peluk anak bahagia rasa hidup, hilang rasa masalah...anak-anak lagilah seronok bila dipeluk oleh ibu bapa.

    merawat keputihan dengan supplement shaklee

    BalasPadam
  7. Kalau anak kita terjatuh ke terhantuk ke pastu menangis kuat-kuat..tapi kita sebagai ibu,terus peluk anak yang tengah kesakitan tu,dia akan terus berhenti menangis..pengalaman sendiri ;)

    elak makan racun tanpa sedar

    BalasPadam
  8. Huda suka peluk anak2. Tambah2 kalau tengah serabut ataupun stress. Boleh hilang.. Terasa tenang ja..hmm.

    JommSihatDanCantik -> NAK CANTIK TAPI JANGAN SAMPAI TERGADAI

    BalasPadam
  9. Peluklah anak,bukan sahaja anak akan lebih tenang, ibu yg memeluk juga turut hilang stress

    BalasPadam
  10. suke pelok anak...lgi2 time dia tgh nak bemanja...rindu pulak pelukan umie.

    Punca Wanita Sukar Hamil & Kenapa Gagal Hamil

    BalasPadam
  11. Peluklah selalu ibu.. Di sana ad kedamaian.. Ceriakan hati ibu.. Dpt Byk klebihan Kalau Peluk ibu.. Insyaallah.. SEGMEN BLOGWALKING BOLEH TINGKATKAN TRAFIK BLOG

    BalasPadam
  12. Ibu adalah syurga kita. Sayangilah dan buatlah yang terbaik untuk ibu kita sementara ibu masih ada.
    Ada Masalah Resdung? Atasinya Dengan Set Resdung Shaklee

    BalasPadam
  13. Ramai anak tak tahu yang ibu sayangkan mereka. Selalu lah cakap dengan mereka 'mama sayang awak'

    BalasPadam
  14. Rasa selamat je bila dalam pelukan ibu..

    BalasPadam
  15. kena ajar anak nilai2 murni camni dari kecil supaya dah besar nanti tak malu nak peluk ibu ayah

    CARA MENGHILANGKAN BAU BADAN

    BalasPadam