Rabu, 12 November 2014

Khasiat Buah Durian Belanda

Durian Belanda Penawar Penyakit Kanser @ Anti Kanser

Durian belanda  atau nama saintifiknya Annona muricata 
Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggaratermasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus.

Buah Durian Belanda 10000 kali lebih kuat membunuh KANSER daripada kimo " .... boleh menyelamatkan banyak nyawa , mengisi harapan dan membina keyakinan pada pesakit ...

Durian Belanda atau buah-buahan dari pokok Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib 10,000 kali lebih kuat daripada kimo .

Mengapa kita tidak sedar tentang perkara ini ? Kerana beberapa syarikat besar ingin mendapatkan semula wang yang mereka belanjakan bertahun-tahun melalui penyelidikan dengan cuba memcipta  versi sintetik untuk dijual.

Jadi, kerana anda tahu sekarang anda boleh membantu rakan yang memerlukan dengan membiarkan dia tahu atau hanya minum beberapa jus durian belanda sebagai pencegahan dari semasa ke semasa. Rasa jus Durian Belanda ini sedap, rasa yer sedikit masam2. Bahagian lain pokok durian belanda juga sangat berguna.Selepas ini  mintalah jus durian belanda sebagai minuman pilihan...

Selama ini ramai orang telah mati begitu saja kerana pengeluar ubat yang berorentasikan keuntungan secara sengaja menyembunyikan rahsia kemujaraban pokok durian belanda ini.

Pokok durian belanda adalah rendah dan dikenali sebagai Graviola di Brazil, Guanabana dalam bahasa Sepanyol atau nama inspirasi "Soursoup" dalam bahasa Inggeris. Buahnya agak besar dan isi putihnya rasa manis bila dimakan dan umumnya ia dimakan dan digunakan untuk membuat minuman buah-buahan, sarbat dan sebagainya.

Yang menariknya pada tumbuhan ini adalah tentang kesan anti kansernya yang kuat. Walaupun ia berkesan untuk beberapa keadaan perubatan, ia mempunyai kesan anti kanser (radang) yang paling menarik . Tumbuhan ini adalah ubat kanser yang terbukti untuk semua jenis kanser.

Selain menjadi penawar kanser, durian belanda adalah spektrum agen antimikrob yang luas untuk jangkitan kedua-dua bakteria dan kulat, berkesan terhadap parasit dalaman dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi dan digunakan untuk mengatasi kemurungan, tekanan dan gangguan saraf.

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak dari pokok durian belanda ini bermanfaat untuk  :
1. Rawatant kanser yang selamat dan berkesan melalui terapi semula jadi dan tidak menyebabkan rasa loya melampau (nausea), kehilangan berat  dan keguguran rambut

2. Melindungi sistem ketahanan (imunisasi) anda dan mengelakkan jangkitan maut

3. Rasa lebih kuat dan sihat sepanjang kursus rawatan

4. Meningkatkan tenaga dan memperbaiki harapan anda terhadap kehidupan

Sumber maklumat yang menakjubkan ini diperolehi dari satu pengeluar ubatan terbesar Amerika, buah durian belanda telah  diujikaji melalui lebih 20 ujian makmal sejak tahun 1970-an.  Ujian yang dijalankan menunjukkan durian belanda ;

1. Berkesan menyerang dan membunuh sel-sel malignan dalam 12 jenis kanser, termasuk kanser kolon, payudara, prostat , paru-paru dan kanser pankreas

2. Sebatian pokok terbukti sehingga 10,000 kali lebih kuat dalam melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser daripada Adriamycin , ubat kemoterapi yang biasa digunakan

3. Tambahan pula , tidak seperti kemoterapi , bahan yang diekstrak daripada pokok durian belanda ini hanya mensasarkan dan membunuh sel-sel kanser. Kelebihanya ianya tidak merosakkan sel-sel yang sihat

4.  Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan

5. Pesakit merasa lebih kuat, lebih sihat. menambah tenaga dan            penampilan fizikal semakin baik.

Peliknya ciri-ciri anti kanser pokok durian belanda ini telah luas dikaji, tetapi mengapa kita tidak mengetahui perkara ini?
Salah satu pengeluar ubatan terbesar Amerika telah memulakan kajian untuk mengubati kanser dan penyelidikan tertumpu kepada durian belanda, pokok penyembuhan legenda dari Hutan Hujan Amazon.

Pelbagai bahagian pokok durian belanda termasuk kulit kayu, daun, akar, buah dan bijinya telah digunakan selama berabad-abad oleh ahli perubatan dan orang tempatan. Sejarah dari Amerika Selatan ini menunjukkan ianya digunakan untuk merawat penyakit jantung, asma, masalah hati dan artritis. Melangkaui bukti saintifik yang sangat sedikit didokumenkan, terdapat syarikat yang membelanjakan kewangan dan sumber-sumber tertentu dalam ujian anti kanser daripada pokok itu yang menghasilkan keputusan yang menkjubkan. Kajian ke atas durian belanda telah membuktikan ia menjadi penggerak dan pemmbunuh sel kanser.

Kerana impian keuntungan yang besar, ujian mereka pada durian belanda terhenti. Malang lagi, syarikat itu telah menangguhkan keseluruhan projek dan memilih untuk tidak menerbitkan hasil penyelidikan itu.

Bagaimanapun , ada saintis dari pasukan penyelidikan durian belanda yang jujur mengabaikan masalah tersebut dan mempertaruhkan kerjayanya.  Dia menghubungi sebuah syarikat yang lebih berdedikasi untuk pengkajian tumbuhan perubatan dari hutan hujan Amazon itu.

Apabila penyelidik di Institut Sains Kesihatan telah dimaklumkan berkenaan berita kehebatan durian belanda, mereka gah mengesan penyelidikan yang dilakukan ke atas pokok membunuh sel kanser . Bukti keberkesanan durian belanda mengagumkan dan telah mengejutkan umum.

Institut Kanser Kebangsaan melakukan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasil kajian menunjukkan bahawa durian belanda ini - "daun dan batangnya telah didapati berkesan dalam menyerang dan memusnahkan sel-sel malignan ." keputusannya telah diterbitkan dalam laporan dalaman dan tidak pernah disiarkan kepada orang ramai.

Sejak 1976, durian belanda telah terbukti sebagai pembunuh kanser yang sangat kuat dan telan melalui 20 ujian makmal bebas .Namun begitu tiada ujian susulan klinikal sebagai penanda aras para doktor dan jurnal yang boleh digunakan untuk menilai rawatan ini  sebagai nilai inisiatif.

Satu kajian yang diterbitkan dalam 'Journal of Natural Products' , berikutan kajian yang dijalankan di Universiti Katolik Korea Selatan menyatakan bahawa salah satu bahan kimia di dalam durian belanda didapati mampu membunuh sel-sel kanser kolon pada kadar " 10,000 kali berpotensi daripada ubat kemoterapi yang biasa digunakan Adriamycin".

Satu kajian di Universiti Purdue  baru-baru ini mendapati bahawa daun dari pohon durian belanda membunuh sel-sel kanser di kalangan enam barisan sel manusia dan amat berkesan terhadap kanser prostat, pankreas dan paru-paru.

Khasiat Daun Durian Belanda

Daun Durian Belanda memang berkhasiat dalam menyembuhkan penyakit kanser. Daun Durian Belanda yang mengandungi acetogenninsinilah dapat membunuh Sel Kanser. Daun yang mengandungi acetogennins sahaja yang dapat membunuh Sel Kanser.

Caranya :
1. Cara memilih daun durian belanda adalah dengan memetik daun yang ke 4 hingga 5 daripada pucuknya sahaja yang amat berkhasiat. Pastikan daun yang dipilih adalah daun yang banyak terdedah pada cahaya matahari. Ini kerana proses fotosintesis yang menyebabkan proses zat aktif pada daun lebih banyak terbentuk.

2. Daun yang dipetik dikeringkan pada suhu bilik (seperti proses membuat serbuk Teh). Daun yang dipetik jangan dijemur pada matahari. Anda boleh memotong atau diiris-iris supaya daunnya cepat kering. Walaupun daunnya telah kering zat acetogennins tetap masih ada.

3. Cara merebusnya, gunakan air bersih / mineral. Didihkan 3 gelas air terlebuh dahulu . Setelah air mendidih, masuhkan 3 - 4 sudu besar. Masak daun tersebut selama 10 - 15 minit sehingga air nya berwarna perang. Pastikan memasak dengan api yang sederhana.

4. Minum airnya 3 kali sehari. Daun yang telah dimasak jangan diulang kerana sudah tiada khasiatnya.

Credit to: http://muamalatmurni.blogspot.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan