Isnin, 10 November 2014

Kebaikkan Memakai Bengkung Selepas Bersalin

 Memakai Bengkung Selepas Bersalin


Wanita selepas bersalin mesti nak memperolehi badan yang sihat, cantik dan langsing seperti sedia kala...nak dapat kembali pinggang yang ramping serta perut yang kempis selepas melahirkan sudah tentu perlu berpantang...ada yang berpantang selama 44 hari ada juga yang sampai 100 hari...

Dalam kita berpantang, satu benda yang perlu ada pada setiap wanita yang bersalin adalah BENGKUNG..tanyalah mana-mana wanita yang mengandung mesti mereka akan cari set berpantang dan juga bengkung...

Kenapa perlu berbengkung semasa dalam pantang? Ok nak tahu kenapa berbengkung sangat penting semasa berpantang? ni senarainya...

  1. Berbenkung berfungsi untuk mengelakkan kemasukkan angin pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut.
  2. Membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung.
  3. Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.
  4. Bengkung baik untuk menyokong tulang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya ---> sebab tu kita akan rasa sakit belakang terutama di bahagian pinggang.
  5. Bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung..

Ok itu antara kenapa wanita selepas bersalin perlu berbengkung...dan mak kita akan marah kalau kita malas berbengkung.

Selepas melahirkan anak yang pertama dan kedua dulu...saya cuma memakai bengung tradisional..Ya Allah punyalah terseksa nak pakai bengkung tu...nak kena lilit dan lilit dan lilit dari bahagian atas pinggang hingga ke bawah punggung...


Bila tengok je bengkung ni memang saya rasa fobia jer bila time nak pakai. apa tak yer  masa pakai bengkung ni dalam pantang sudahlah susah nak ke tandas sebab setiap kali nak buang air kecil kena buka lepas tu nak kena ikat balik.tapi bila memikirkan nak cantik dan slim macam zaman anak dara dulu, terpaksa la jgk meneruskan berbengkung nie.....

Penah saya x memakai bengkung (lebih kurang seminggu je ) saya dapat rasakan perut saya agak buncit dan dan mengeleber ini menyebabkan saya rasa sangat malu untuk bergaya. tambah-tambah lagi saya tension bila jeans, slack dan skirt dah tak muat di bahagian pinggang...cukup-cukup terseksa bila nak zipkan...dan jadi lebih kurang macam gambar ni...


Seriously terpaksa menahan nafas bila nak zip dan button bila pakai jeans, slack dan skirt...sedih-sedih...sudahlah bahagian paha dan punggung makin membesar, pinggang out of shape...perut pun buncit...pakai baju apa pun tak nampak cantik...


Kebaikkan Berbengkung Selepas Bersalin
  • Dipercayai dapat mengempiskan perut
  • Mengecutkan rahim selepas bersalin'
  • Mengelakkan masalah buncit
  • Mengembalikan kedudukan peranakan
  • Menghilangkan sakit belakang
  • Merampingkan perut
  • Memepercepatkan pengeluaran darah kotor
  • Mengelakkan badan daripada 'masuk angin'.
  • Menyokong rahim supaya tidak jatuh dari kedudukan asal
  • Untuk memperoleh badan yang sihat dan langsing
  • Mengelakkan penggumpulan lemak dibahagian-bahagian tertentu terutamanya pinggang dan paha.
  • Membantu mengawal selera makan
  • Menegangkan kembali otot2 perut
Ibu yang berpantang digalakan memakai bengkung selama 44 hari bagi memberi kesan yang terbaik. Bengkung biasanya dipakai selepas rawatan bertungku, bertangkas atau pilis. Sebelum berbekung, adalah sebaiknya membuat sapuan herba-herba  yang dipercayai dapat membantu menggembalikan dan mengencangkan otot-otot wanita selepas bersalin. Hasil pemakaian yang rapi dalam 10 hari selepas bersalin,  telah menyebabkan banyak darah kotor keluar dan mengecutkan rahim dengan cepat.

Bagi yang bersalin secara c-zer, adalah digalakkan untuk menunggu dalam masa 2 minggu - 1 bulan sebelum memakai bengkung kecuali bengkung moden yang disediakan khas untuk ibu yg bersalin c-zer.

Disamping melakukan amalan berbengkung, pengambilan supplement Set Ibu Berpantang Shaklee Cara Moden juga boleh membantu Ibu selepas bersalin, ingin mengetahui lebih detail, boleh klik disini. 

Jemput Follow diblog saya untuk mendapatkan info2 tentang kesihatan

Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati 
potongan hebat 15% - 20%
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE

Mudah sahaja hanya klik di sini:

Hubungi saya 

H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Email: supplement.eshoppe@gmail.com
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan