Khamis, 16 Oktober 2014

Petua Untuk Rambut Sihat

7 Petua Untuk Rambut Sihat 


Hari ini saya ingin berkongsi lagi petua agar rambut sihat. Kata orang "Rambut itu adalah mahkota kecantikan" lebih-lebih kaum wanita yang pentingkan keterampilan diri.Seperti mana kita menjaga kecantikan kulit begitu juga dengan kesihatan rambut. 

Semua orang pasti mengimpikan rambut yang cantik dan sihat. Masalah rambut gugur, bercabang atau berkelemumur merupakan antara masalah rambut yang sinonim diperkatakan. Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis masalah rambut yang menghantui diri kita. Oleh itu, pelbagai produk penjagaan rambut di komersialkan. Namun, masalah rambut kita masih tidak dapat di selesaikan.
Justeru itu, cara tradisional mula menjadi pilihan. Di samping murah, mudah dan tidak mempunyai bahan kimia, cara tradisional membuatkan kita lebih menghargai ciptaan Illahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. Dan yang paling menyakinkan kehalalannya kerana kita yang menyediakannya sendiri.


 
Antara petua untuk rambut yang cantik dan sihat adalah;- 

1. Santan Hitamkan Rambut
Untuk menghilangkan kelumur dan kegatalan pada kulit kepala, gosok kulit kepala secara perlahan-lahan dengan limau purut yang di belah dua. Kemudia bilas. boleh dilakukan selang satu hari. Selepas 2 minggu boleh perapkan rambut dengan menggunakan santan kelapa. Sapu rata pada seluruh rambut, kemudian balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 15-20 Minit, cuci sehingga bersih. Santan bukan sahaja boleh boleh menhitamkan rambut, malah boleh menyubur dan menyejukkan kulit kepala. 



2. Daun Bunga Raya Melebatkan 
Ramas daun bunga raya sehingga mengeluarkan lendir, kemudia sapukan pada kulit kepala dan rambut. Selepas itu balut kepala dengan tuala selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air yang bersih. Daun Bunga membantu melebatkan rambut dan membuatkan mahkota wanita berkilat. 
3. Khasiat Lendir Lidah Buaya
Sesetenga wanita mengalami keguguran rambut. Untuk mengatasi maslah ini, sapukan lendir lidah buaya pada kulit kepala dan rambut, perap selama 20 minit dan bilas sehingga bersih.Lendir lidah buaya dapat menyejukan kulit kepala dan mengatasi rambut kering serta gugur. 


4. Sapu Air Rendaman Kacang Hijau
Rendam secawan kacang hijau semalaman di dalam mangkuk.Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu pada kulit kepala. Urut kepala perlahan-perlahan.Biarkan sehingga rambut kering, bilas bersih. Amalkan selalu.selain rambut menjadi semakin lebat dan halus, petua ini juga dapat membantu mengatasi migrain dan juga sakit kepala. 


5. Daun Rambutan
Daun rambutan muda sangat baik untuk merawat rambutkering dan bercabang. Penyediaan petua tradisi ini mudah saja. Ambil segengam daun rambutan muda, basuh bersih dan rendamkan dalam semangkuk air. Ramas sehingga keluar lendir, sapukan pada rambut. Lakukan petua ini tiga kali seminggu. 


6. Kulit Tembikai 
Ambil Bahagian dalam kulit tembikai (yang berwarna putih) gosok kulit kepala anda secara perlahan-perlahan. Biarkan ia meresap ke kulit kepala anda secara perlahan-perlahan. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20-30 minit. selepas itu bilas bersih. kulit tembikai dapat membersihkan kotoran. 



7. Yogurt Perapi Semula Jadi 
Yogurt bukan sahaja enak dimakan tetapi ia juga dapat melembabkan rambut agar sihat dan bersinar. Yogurt bertindak sebagai perapi, khasiat yang terkandung dalam makanan ini membantu merawat rambut rosak. 



SELAMAT MENCUBA^^





2 ulasan: