Petua Mudah Hamil
Assalamua'laikum.
5 Cara & Tips Mudah Untuk Hamil | Petua Mudah Hamil. Mengandung atau hamil adalah antara istilah biasa yang akan didengari malah diimpikan oleh seluruh para isteri dan suami. Sebaik sahaja menjadi pasangan suami isteri yang sah, pastinya memiliki anak-anak yang comel lagi sihat menjadi impian setiap pasangan. Anak menjadi lambang cinta sepasang suami isteri. Tanpa anak, sebuah rumahtangga dirasakan tidak lengkap dan tidak berseri. Namun kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Ada pasangan yang sudah hampir setahun (ada yang bertahun) mendirikan rumahtangga, tapi masih lagi belum dikurniakan anak. Pelbagai petua dan cara serta tips mudah hamil akan dicari oleh pasangan yang inginkan anak. Saya kongsikan beberapa petua dan cara untuk cepat hamil. Moga-moga ada kebaikan untuk anda.

1. Cara Agar Mudah Hamil - Tentukan Masa Subur Isteri
- Mengikut kajian, jima' secara rawak hanya mencapai 24% untuk si isteri hamil. Jadi, amat penting untuk tahu dan faham masa yang benar-benar subur seorang isteri.
- Bila waktu subur supaya isteri mudah hamil? Bagi isteri yang kitaran haidnya normal (28 hari), waktu suburnya ialah antara hari ke 10 dan ke 15 dari hari pertama isteri didatangi haid.
- Bagaimana kalau kitaran haid isteri tak teratur? Kaedah paling mudah untuk tahu waktu subur ialah dengan menggunakan alat ujian air kencing. Alat ni boleh ukur kadar kenaikan tiba-tiba hormon LH dalam jangka masa 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi (hormon ni terlibat dalam proses pengeluaran telur). Kalau ujian ni positif, hubungan kelamin hendaklah dilakukan pada malamnya untuk meningkatkan kadar kehamilan. Alat OPK (Ovulation Predictor Kits) ni boleh dibeli difarmasi dengan harga lebih kurang RM20
2. Cara Agar Mudah Hamil - Tentukan Masa Subur Isteri
- Mengikut kajian, jima' secara rawak hanya mencapai 24% untuk si isteri hamil. Jadi, amat penting untuk tahu dan faham masa yang benar-benar subur seorang isteri.
- Bila waktu subur supaya isteri mudah hamil? Bagi isteri yang kitaran haidnya normal (28 hari), waktu suburnya ialah antara hari ke 10 dan ke 15 dari hari pertama isteri didatangi haid.
- Bagaimana kalau kitaran haid isteri tak teratur? Kaedah paling mudah untuk tahu waktu subur ialah dengan menggunakan alat ujian air kencing. Alat ni boleh ukur kadar kenaikan tiba-tiba hormon LH dalam jangka masa 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi (hormon ni terlibat dalam proses pengeluaran telur). Kalau ujian ni positif, hubungan kelamin hendaklah dilakukan pada malamnya untuk meningkatkan kadar kehamilan. Alat OPK (Ovulation Predictor Kits) ni boleh dibeli difarmasi dengan harga lebih kurang RM20.
3. Tangani Tekanan (Stress) Dengan Baik Agar Cepat Hamil
- Apakah tekanan mampu menyebabkan kita gagal hamil? Jawapannya ialah ya. Tekanan yang tidak mampu ditanggung oleh minda akan mengganggu hormon yang terlibat dalam proses ovulasi. Tiada ovulasi bermakna tiada ovum. Tiada ovum/telur bemaksud peluang untuk hamil adalah amat rendah.
- Tekanan yang secara tiba-tiba biasanya akan menyebabkan gangguan pada kitaran haid seterusnya memberi kesan terhadap proses ovulasi.
- Tahap tekanan juga berbeza bagi setiap wanita. Makan setiap tekanan harus ditangani secara baik dan tenang supaya impian untuk mudah hamil dan memiliki anak akan dipermudahkan Allah.
4. Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat Sebagai Petua Asas Untuk Hamil
- Gaya hidup yang sihat adalah asas segalanya. Tidak merokok, rajin bersenam dan sentiasa tenang menghadapi ujian bakal menyediakan badan dan hormon seorang isteri mudah hamil.
- Faktor pemakanan juga haruslah diambil berat. Jangan sewenang-wenangnya mengambil sebarang ubat mudah hamil tanpa sebarang nasihat doktor pakar. Penting untuk dapatkan nasihat dan pandangan seorang dokor yang bertauliah dalam bidang ini. Ada kes yang mengalami mandul kekal akibat tersalah makan ubat. Awas perlu berhati-hati dalam pemilihan pengambilan ubat-ubatan.
5. Jangan malu untuk bertanya dan bertemu pakar perubatan untuk urusan kehamilan.
Akhir kata, jangan lupa untuk sentiasa berdoa pada Allah, kerana kita hanya mampu berusaha. Allah jua yang memberi rezekinya untuk kita. InshaaAllah, orang yang berusaha akan mendapat ganjarannya. Selamat berusaha untuk hamil, mudah-mudahan usaha anda untuk menimang cahayamata dipermudahkan Allah jua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan