Merawat Bayi Semasa Demam
Demam adalah bukan sejenis penyakit, melainkan gejala
penyakit. Apabila bayi demam menjadi cerewet, enggan menyusu dan sukar
tidur.Bayi demam jika suhunya lebih dari 37.5 darjah celcius yang boleh diukur
melalui thermometer. Dalam keadaan normal, suhu tubuh sudah diatur oleh pusat
pengatur suhu badan di bahagian otak(hipotalamus). Jika suhu linkungan naik
atau turun, tubuh untuk menyesuaikan keadaan tersebut.
Demam sebenarnya merupakan makanisme tubuh untuk bertahan
daripada kemasukan virus atau bacteria ke dalam tubuh. Pada bayi demam biasanya
disebabkan jangkitan virus, Ia berlaku secara tiba-tiba dan suhunyatinggi.
Demam ajan kebah setelah 2hingga ke 3 hari.
Cara untuk mengurangkan demam bayi :
- Ukur suhu tubuh bayi di ketiak, telinga atau dahi. Jangan lakukan selepas mandi kerana suhu akan lebih rendah daripada suhu sebenar.
- Pakaikan bayi anda dengan baju yang nipis dan elakkan menyelimut bayi. Letakkan bayi di ruang yang lebih selesa dengan peredaran udara yang baik.
- Lap tubuh bayi dengan kain yang telah dibasahkan dengan air suam.tambah kehangatan air apabila suhu demamnya semakin tinggi. Dengan ini, suhu air dengan tubuh tidak terlalu berbeza. Jika air yang digunakan terlalu sejuk, ini akan mengecilkan pembuluh darah bayi.Akibatnya panas tubuh tidak keluar. Bayi akan menggigil bagi mempertahankan keseimbangan suhu tubuhnya.
- Jika bayi masih minum susu ibu, susukan bayi dengan lebih kerap, ia adalah salah satu cara untuk menurunkan suhu badan.
- Banyakkan berdoa memohon perlindungan dan kesihatan dari Allah SWT dan membaca ayat – ayat lazim kepada anak anda. Jika dia sudah besar, minta dia membacanya sendiri selalu. Ingatkan padanya bahawa ini adalah ujian dari Allah kerana Allah sayang kepadanya.
Jika bayi mengalami kekejangan.
- Jika anak mengalami kejang akibat demam, sebaiknya bertenang dan lakukan langkah-langkah berikut
- Catat waktu kekejangan untuk dilaporkan kepada doctor, jika perlu.
- Bagi menmgelakkan bayi cedera, pindahkan objek keras atau tajam yang ada berdekatan
- Jangan menahan mulut bayi dari tertutup dengan meletakkan sudu atau objek lain diantara giginya.
- Miringkan posisi tubuh bayi dengan kepala sejajar atau lebih rendah agar bayi tidak menelan muntah
- #Setelah
bayi sedar berikakan ubat untuk menurunkan suhu panasnya.Di samping itu juga produk Shaklee NUTRIFERON juga boleh membantu masalah anak demam. Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Nutriferon Shaklee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan