Kenali sebab kenapa bayi tidak mahu tidur. Ini kerana bayi perlu mendapatkan tidur yang berkualiti untuk meyokong pertumbuhannya.
Demam
Walaupun tanpa penyakit, demam yamg berlaku boleh disebabkan dengan adanya jangkitan telinga mahupun radang di kerongkong. Jika bayi sering menggosok atau menarik teling, ia petanda dia mengalami jangkitan di telinga, jika bayi enggan menyusu, mungkin dia mengalami radang da rongga mulut.
Tumbuh Gigi
Bayi lazimnya berasa tidak selesa apabila tumbuh gigi. Rasa sakit pada gusi boleh mengganggu tidur bayi. Bantu melegakan kesakitan yang memicit lembut gusinya. Namun sebelum itu cuci bersih tangan anda.
Kolik
Gejala perut kembung dan kerasmenyebabkan bayi asyik menangis sepanjang malam dan menganggu tidurnya, Ibu boleh mendukung bayi dengan posisi meniarap dan letakkan tangam anda pada perutnya. Anda boleh juga cuba memangku bayi, Goyang perlahankan kaki anda sehingga bayi tidur.
Terlalu Banyak Rangsangan
Bermain sepanjang hari, mendengarmuzik, lampu bilik yang terang dan suara televisyen yang kuat merupakan rangsangan yang berlebihan hingga menyukarkan bayi untuk tidur. Anda boleh melakukan urutan ringan pada tubuh bayi untuk melancarkan peredaran darah dan redupkan lampu bilik,serta mati radio/televisyen agar suasana lebih tenang.
Perubahan
Bayi sangat peka terhadap perubahan. Jika bayi biasanya tidur bersama anda, kemudian berpindah ketempat lain akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu latih anak tidur di tempat tidurnya sendiri secara bertahap. Jika dia terjaga dan menangis, tenangkan dengan menepuk-nepuk bayi agar dia tahu bahawa anda sentiasa berhampiran dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan