Selasa, 14 Oktober 2014

Kepentingan Air Kepada Tubuh Badan

Kepentingan AIR kepada Tubuh Badan



Setiap sistem pada tubuh badan kita memerlukan air, bahkan sebahagian besar tubuh badan terdiri daripada air. Otot yang kecil, darah dan otak mengandungi lebih 70% air. Cecairpenting ini adalah satu ramuan penting yang diperlukian oleh tubuh badan setiap hari. Tapi sebaliknya, kebanyakan ramai orang tidak minum air yang mencukupi.
Fungsi Air Kepada Tubuh

Air mengawal suhu badan, bertindak sebagai pembawa nutrient dan oksigen menyahkan bahan buangan, menolong menyahkan toksid dari buah pinggang dan hati, melarutkan vitamin dan mineral dan menhalang badan daripada kecederaan. Setiap hari badan kehilang secara purata 10-12 cawan air yang perlu diganti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan.

Suatu dihidrasi yang kecil akan menyebabakan masalah kepada kesihatan seperti kelesuan dan sembelit. Di antara tanda dihidrasi ialah hilang selera makan, pening kepala, kehilangan keupayaan berfikir secara teratur. Terdapat bukti bahawa meminum air yang mengcukupi dapat mengelakkan beberapa penyakit seperti batu karang dan mengurangkan kadar penurunan kanser usus.

Jumlah Air Yang Perlu Diminum
Setiap hari seseorang perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jumlah ini perlu dipertingkatkan lagi jika kita sering melakukan senaman. Satu cara untuk mengukur keperluan cecairuntun tubuh badan ialah dengan kepada dua.Nombor yang diperolehi ialah jumlah dalam aun sehari disyorkan untuk diminum.

Minum Air secara Tetap
Wujudkan pelan minum air yang tetap dengan meminum air pada kadar sama rata pada setiap hari.letakkan air dan kata perangsang sebagai peringatan atau wujudkan tempoh masa rehat untuk meminumair dalam jadual harian. 


Email: supplement.eshoppe@gmail.com

H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan