Ahad, 19 Oktober 2014

Set Kesuburan Shaklee

Ikhtiar Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee


Setiap pasangan yang berkahwin pastinya impikan cahayamata. Apalah ertinya sebuah rumahtangga tanpa kehadiran anak sebagai penyeri dan penghibur hati disaat suka dan duka. Namun bukan semuanya bertuah. Ada yang sudah bertahun bernikah tapi belum ada tanda-tanda si isteri berbadan dua.

Set Kesuburan SHAKLEE sebagai ikhtiar untuk membantu pasangan suami isteri untuk hamil dan mendapat zuriat sendiri.
Antara penyelesaian adalah dengan mengambil supplemen. Alhamdulillah ramai telah mencuba SET KESUBURAN SHAKLEE. Produk ini boleh di ambil oleh suami isteri.


SET KESUBURAN SHAKLEE

Set Kesuburan Shaklee, adalah gabungan beberapa vitamin penting yang berfungsi untuk menambah kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.




FAKTOR dan PUNCA Penyebab Sukar Hamil

1. Makanan yang Mengurangkan 
Kesuburan Lelaki dan Wanita
Sebelum kita teruskan, kenali dulu apakah makanan yang boleh mengurangkan atau menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki. Antara makanan yang perlu dikurangkan adalah makanan tinggi karbohidrat , gula dan manisan. Jauhkan makanan segera, makanan diproses atau yang di awet. Kurangkan juga perisa dan pemanis dalam makanan. Alkohol juga menjadi punca masalah ketidak suburan. Jadi suami dan isteri kena perhati juga cara pengambilan makanan ya. Kalau nampak ada yang terlebih tu usaha untuk kurangkan


2. Rokok
Dr. Hamid Arshat  dalam artikelnya yang berkaitan makanan meningkatkan kesuburan lelaki juga mengatakan rokok dan tembakau perlu dijauhi kerana ia boleh merosakkan kualiti sperma lelaki.Bagi yang merokok dan berniat untuk berhenti merokok namun sukar, jangan risau, walaupun anda mungkin seorang perokok tegar,  ada sesuatu yang dapat membantu yang telah terbukti hasilnya. Hanya amalkan Vivix sesudu kecil setiap hari dan anda akan dapati lama-kelamaan rokok yang dihisap akan mula akan terasa pahit. Inilah yang berlaku kepada  perokok tegar. Ikuti Testimoni VIVIX Cara Mudah untuk Berhenti Merokok.


3. Berat Badan Berlebihan
Satu lagi, faktor yang menyebabkan kesukaran untuk mengandung ialah masalah berat badan atau obesiti. Ada beberapa pelanggan yang akhirnya berjaya hamil setelah menurunkan berat badannya selepas mencuba SET KURUS SHAKLEE. Nyata, berat badan turut memainkan peranan dalam hal ini.


Bagaimana SET KESUBURAN dapat memberi manfaat dalam membantu pasangan mendapatkan anak ?


Set Kesuburan Shaklee Untuk Isteri

Bagi yang inginkan set subur untuk isteri sahaja. Vitamin yang saya rekomenkan adalah seperti dibawah.
B-complex


B-Complex 
Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan 







ESP Shaklee


ESP (Protein) Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecildan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain. 






GLA Complex –
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus). Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur. 

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami
Vita-E Complex dan Zinc yang bertindak untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma selain mengekalkan paras hormon lelaki dan keinginan seksual.
Zinc Complex Kesuburan Lelaki & Atasi Keguguran Rambut
Zinc 
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagiwanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Vita-E Kesuburan Lelaki

Vitamin E & Selenium -
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


Berdasarkan kepada fungsi-fungsi supplement yang saya utarakan tadi, nampak tak bahawa setiap vitamin di atas memainkan peranannya yang unik untuk membantu melonjakkan tahap kesuburan kita? Ramai yang telah menghubungi saya, menyatakan hasrat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini kerana bukan sahaja semata-mata  untuk kesuburan malah membantu dari punca masalah kesihatan yang membantutkan kesuburan itu sendiri.  Kiranya ia membantu dari puncanya.
Lagi sekali saya  ingin cadangkan agar kedua-kedua suami isteri mengambil supplemen kesuburan ini kerana lelaki juga mungkin menjadi punca utama mengapa wanita iaitu si isteri tadi sukar mengandungApabila kedua-dua berada ditahap yang optimum barulah lebih mudah kehamilan terjadi. Apa-apa pun bermula dengan si suami dulu. 
Dan bagi pasangan yang dah cuba pelbagai cara dan produk lain namun belum berhasil, saya sarankan ambillah Set Kesuburan Lengkap Shaklee. Lebih menyeluruh dan lengkap. Mungkin badan kita sendiri kekurangan vitamin lain yang tidak kurang pentingnya yang ada dalam Multivitamin Vita-lea, dan Vita-C.

Pastinya ramai sedang mencari Petua@tips untuk hamil dan jangan lupa bahawa pengambilan makanan tambahan seperti vitamin adalah sangat penting di mana faktor gaya hidup dan pemakanan harian yang tidak sihat boleh menyumbang kepada masalah yang menyebabkan sukar untuk hamil. Jadi benda sebegini kita lihat seperti remeh je padahal perlu dititik beratkan. Faktor seperti keputihan, cyst, kitaran haid tak teratur dan kuantiti sperma juga menyebabkan sukar untuk hamil.



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip-tips dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. HARGA ISTIMEWA juga menanti anda:)

Email: supplement.eshoppe@gmail.com

H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 

Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?

NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE

Jemput Follow diblog saya untuk mendapatkan info2 tentang kesihatan

Pick Up/COD Area:
Cheras/Seri Kembanga/Putrajaya/Cyberjaya
&
Penghantaran seluruh Malaysia

Dapatkan pelbagai Supplement Shaklee sekarang!!!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'


1 ulasan:

  1. alhamdulillah.. ramai yg berpuas hati dengan set subur ni.. :)

    BalasPadam