Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan

Ahad, 9 November 2014

Atasi Masalah Sembelit Semasa Hamil

Ostematrix Shaklee Bantu Atasi Sembelit Semasa Hamil 


Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil. Ibu hamil memang sinonim dengan masalah sukar membuang atau sembelit. Hal ini biasanya berpunca daripada rahim yang semakin membesar dan menyebabkan berlaku tekanan fizikal pada usus. Ini akan menghalang pergerakkan najis ke usus besar dan rectum.Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.

Jenis dan Punca
Peningkatan hormon tertentu ketika hamil
Akibatnya:-
  1. Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah
  2. Kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan
-          Makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar
-          Peningkatan pengambilan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement)
-          Berat badan ibu dan janin tidak seimbang. Hal ini menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan
-          Gerakan fizikal terbatas. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti gerakan semasa hamil
Pemakanan ibu juga menjadi faktor penting dalam menyumbang kepada masalah sembelit. Ketika mengandung ada ibu yang hanya makan makanan yang boleh diterima tekak. Tanpa disedari ibu kurang mengambil makanan tinggi serat. Selain itu, ibu hamil juga biasanya kurang melakukan aktiviti fizikal dan sering merasa risau. Masa mengandung nak berjalan pun terasa malas, lebih-lebih lagi bila perut dah memboyot. Bila kandungan semakin membesar, kerisauan ibu semakin bertambah lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali. Macam-macam yang dirisaukan.
Perubahan hormon ketika mengandung juga menyebabkan makanan dihadam perlahan ketika hamil. Ini akan menyulitkan lagi keadaan ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit. Ada juga ibu yang sembelit sebab makan pil zat besi yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Jika ini berlaku sila rujuk doktor anda untuk tukar jenis lain atau penyelesaian yang lain.
Jangan stress sangat. Tempoh kehamilan sepatutnya tidak diganggu dengan perkara-perkara tak seronok macam ni. Ada banyak cara untuk elak sembelit ni.

Apa yang perlu anda ketahui?
Sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.

Cara  Mengelakkan Sembelit di kalangan Ibu Hamil :
  • Minum banyak air masak. Pastikan minum 2-3L air masak sehari. Kekurangan air dalam badan memang akan menyebabkan masalah sukar membuang, bukan hanya pada ibu hamil.
  • Makan makanan tinggi kandungan serat seperti oat, beras perang, cereal dan buah-buahan.
  • Jus buah dan yogurt juga dapat membantu lancarkan sistem pembuangan. Gantikan minuman kordial dengan jus buah segar.
  • Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki. Buat kerja-kerja rumah juga aktiviti fizikal tau. Jangan habiskan masa dengan berbaring sahaja, selain susah nak membuang nanti susah nak bersalin jugak.
  • Jika sembelit berpunca dari ubat / pil zat besi yang dibekalkan oleh klinik kesihatan, rujuk doktor anda.
Ostematrix Shaklee dapat membantu atasi masalah sembelit? 
Dalam Ostematrix tu, bukan je ada Kalsium, tapi ada jugak Magnesium... Selain berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang, magnesium ni jugaklah yang berfungsi untuk pelawasan tu...Magnesium yang terdapat dalam Ostematrix membantu untuk melembutkan najis. Secara tidak langusng masalah sembelit juga dapat di atasi selain ibu dapat bekalan kalsium yang cukup untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi.
  •  Magnesium membantu melegakan otot dalam usus - menyebabkan otot usus menjadi lembut dan menghapuskan sembelit.
  • Magnesium juga membantu menarik air ke dalam usus - menyebabkan jumlah air di dalam usus bertambah dan membantu melembutkan najis

Ostematrix

Selain Ostematrix, Set Kahamilan Shaklee terdiri daripada :
  • Vitalea (multivitamin dengan iron) – sangat membantu ibu hamil untuk kekal cergas & menstabilkan bacaan Hb.
  • B Complex – mengelakkan stress, melegakan loya di awal kehamilan, menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Vitamin C – sebagai antioksidan, elak selesema.
  • Omega Guard – bekalan omega 3 yang sangat baik untuk otak bayi dan kesihatan ibu. (Diambil mula pada trimester ke2)
Maka, berusahalah untuk mengelakkan daripada terkena sembelit ketika hamil. Amalkan cara pemakanan yang sihat. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri.

Nak Order??

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip-tips dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Email: supplement.eshoppe@gmail.com

H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 

Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati 
potongan hebat 15% - 20%
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE

Jemput Follow diblog saya untuk mendapatkan info2 tentang kesihatan

Pick Up/COD Area:
Cheras/Seri Kembanga/Putrajaya/Cyberjaya
&
Penghantaran seluruh Malaysia

Dapatkan pelbagai Supplement Shaklee sekarang!!!

Ahad, 26 Oktober 2014

Ostematrix Atasi Sakit Belakang Semasa Hamil

Atasi Masalah Sakit Belakang Semasa Hamil 


Kebanyakkan wanita yang hamil  masalah sakit tulang belakang adalah masalah
biasa yang dialami mereka terutama bagi mereka yang usia kandungannya 7 
bulan ke atas. Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakkan mereka 
mengambil makanan yang mengandungi kalsium. Pengambilan kalsium
amat penting bagi memastikan keperluan kalsium dalam badan
mencukupi. Apabila diet ibu kurang kalsium, kalsium yang sedia ada dalam
badan ibu akan diserap oleh baby dalam kandungan terutamanya ketika
proses pembentukan tulang. Apabila ini berlaku, si ibu akan  
mengalami kekurangan kalsium dan akan menyebabkan si ibu mudah
mengalami sakit-sakit tulang dan juga mudah kehilangan gigi.

Walaubagaimanapun, jika pengambilan kalsium anda mencukupi, 
terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda sakit tulang belakang.
Ianya kerap berlaku ketika usia kandungan telah mencapai trimester ketiga.
Pengalaman ketika hamil memang banyak cerita suka dan dukanya. Antara sakit popular yang dialami oleh ibu hamil terutama di akhir kehamilan adalah sakit pinggang. Apabila sudah duduk atau berbaring, sukar bagi ibu hendak bangun kerana rasa sakit di bahagian pinggang. 


Antara faktor yang menyebabkan ibu mengalami sakit pinggang adalah: 


1. Meningkatnya hormon selama kehamilan membuat sendi anda tidak stabil sehingga kawasasn pelvik mengembang mengikut tumbesaran bayi.

2. Kenaikan berat badan mencapai 11-15 kilogram sepanjang kehamilan yang biasanya rasa sakitnya menjalar hingga sekeliling perut.

3. Perubahan bentuk badan ketika mengandung yang semakin membesar sehingga mengubah kestabilan diri anda.

Sebelum rasa sakit pada pinggang akan mengganggu keselesaan sepanjang kehamilan, anda perlu mengambil langkah pencegahan awal. Berikut beberapa tip mencegah rasa sakit pada pinggang ketika hamil:


* Sebaik disahkan mengandung, tukar kasut anda. Pakai kasut tanpa tumit yang direka khas untuk ibu mengandung. Ia dapat mengurangkan masalah ketegangan pada tulang.

* Elakkan daripada duduk dengan posisi yang sama dalam waktu yang lama.

* Tidurlah dalam posisi mengiring dengan bantal di antara kedua kaki anda jika sakit pinggang juga dirasakan ketika tidur.

* Pada trimester kedua anda boleh meletakkan bantal di bawah perut. Ini akan membuat anda berasa lebih selesa.

* Gunakan tali pinggang khusus ibu hamil yang membantu menyokong perut dan mengurangkan rasa sakit pada pinggang.

* Jika rasa tegang atau kram menyerang otot anda, gunakan ais batu atau atau air hangat yang di masukan dalam kantung kompres untuk menuam pinggang otot anda setidaknya selama 10 hingga 15 minit.

* Biasakan berjalan kaki paling tidak 20-30 minit setiap hari.

* Perhatikan postur tubuh anda, jangan terlalu membungkuk atau tegak.

* Hindari mengangkat benda berat atau menggendong anak

Cara untuk kurangkan sakit pinggang adalah dengan mengambil Ostematrix Shaklee. Ostematrix Shaklee membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Ostematrix

MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.


Daripada testimoni yang telah mencuba ramai yang bagitahu Badan rasa segar jer & tak lenguh bila bangun pagi. Hanya 4 biji sehari. Kesannya memang terbukti. Jom tengok testimoni mereka yang dah mengambil Ostematrix Shaklee ini:





testimoni ostematrix shaklee


Apa tunggu lagi? Jom dapatkan Ostematrix Shaklee untuk hilangkan sakit pinggang anda. Rugi tau tak cuba. :)


Nak Order anda boleh hubungi saya...

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip-tips dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Email: supplement.eshoppe@gmail.com

H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 

Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?

NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE

Jemput Follow diblog saya untuk mendapatkan info2 tentang kesihatan

Pick Up/COD Area:
Cheras/Seri Kembanga/Putrajaya/Cyberjaya
&
Penghantaran seluruh Malaysia

Dapatkan pelbagai Supplement Shaklee sekarang!!!!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini.