Merawat Bengkak Susu Selepas Bersalin
Pernah tak antara
ibu-ibu yang lepas bersalin mengalami masalah bengkak susu? Bengkak susu
ini memang sinonim terjadi kepada ibu-ibu yang lepas bersalin. Bengkak susu ini
biasa yer terjadi dalam masa seminggu selepas bersalin kerana susu ibu sudah
banyak. Biasanya kalau ibu masih dalam tempoh berpantang..memang mudah terkena
bengkak susu kerana badan masih dalam proses penyesuaian dengan kehendak bayi.
Bagi ibu-ibu yang berkerja pula perlu ibu-ibu semua pastikan jadual mengepam
yang teratur dan dipatuhi untuk mengelakkan berlakunya bengkak susu.
Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?
Antara dua hingga
enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi
keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah
dada dan sesetengah tisu di sekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara
yang penuh dan bengkak. kegagalan ibu mengosongkan payudara dengan kerap
menyusu(direct feeding) atau pum. Teknik posisi lekapan (lacth on) yang tidak
betul.
Bukan semua ibu baru
mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita
mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah
yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.
Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara
sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang
mungkin, bengkak anda akan cepat reda.
Pengalaman saya
sendiri dulu semasa bersalin anak pertama mengalami masalah bengkak susu di
sebabkan masa itu tak tahu cara dan teknik yang betul untuk memberi susu kepada
bayi.Kesan dari bengkak susu itu menyebabkan saya demam dan. Pada masa
itu hanya cara yang paling berkesan untuk menghilangkan rasa sakit
bengkak susu adalah dengan pam @ perah untuk mengeluarkan susu yang
telah terkumpul itu..Tapi hakikat sebenarnya x semudah itu, tapi susu tak nak
keluar pun, Sakit bengkak susu itu dah sampai keseluruh ketiak dan
belakang,meleleh air mata menahan kesakitan yer, masa nak bersalin pun nangis
huhuhu :( ...Susu bengkak ini berlaku kerana saluran susu dah tersumbat . jadi
entri hari ini saya nak berkongsi serba sedikit untuk Ibu-ibu baru di luar
sana.Di sini saya ingin berkongsi cara untuk mengatasi masalah bengkak
susu. (berdasarkan pengalaman saya sendiri)
Cara Mengatasi
Masalah Bengkak Susu
1) Cari tukang urut atau mak bidan yang berpengalaman untuk mengurut
bagi membuka laluan duktus-duktus yang tersumbat tu. Membuka laluan susu. Urut
di bahagian yang bengkak secara perlahan-lahan dari ketiak ke bahagian puting
dengan menggunakan sikat atau tangan.
2) Ambil kobis yang telah disejukkan di dalam peti sejuk dan letakkan
pada breast yang bengkak tu. Cara ini hanya mengurangkan rasa sakit tapi tidak
mengurangkan bengkak. Macam saya kata tadi, kita perlu perah keluar susu
tersebut.
3) Tuam breast dengan tuala yang direndam dengan air suam atau pun
masukkan air suam ke dalam botol susu dan tuan dengan perlahan di breast. Cara
ni memang melegakan sikit Tapi still tak dapat tidur sebab sakit sangat. Bila
perah guna tangan sket jek keluar. Menitik je. Kalau perah guna pam lagi la.
Langsung tak keluar.
4) Akhirnya saya ambil ubat tahan sakit supaya saya boleh tidur. Sakit
sampai tak boleh tidur tau. Huhuuuu. Memang tidur lena la lepas tu sebab tak
sakit dah. Tapi bila bangun tidur, mesti la sakit balik. Walaupun baby minum
susu setiap 2 jam, bengkak masih tak kurang.
5) Akhir sekali baru saya ambil Lecithin, itu pun selepas kawan yang
memperkenalkan produk shaklee boleh membantu masalah bengkak susu. Saya ambil 3
biji Lecithin, Selepas dua kali makan alhamdulillah. Susu keluar dengan
mudahnya sampai basah baju. Seronok sangat mengepam pada masa tu.
Memancut-mancut susu keluar. Sekaligus bengkak pun hilang
Tapi apa pulak kaitannya Lecithin dengan masalah bengkak susu yang saya
hadapi??
Menurut Kelly Bonyata
yang merupakan IBCLC (International Board Certified Lactation
Consultant);
“Lecithin has been
recommended to combat recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for
recurrent plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin per day, or 1
capsule (1200 milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no
blockage, mom can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage
within another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue
taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to additional
plugged ducts.”
Source : http://kellymom.com/nutrition/vitamins/lecithin/
Lecithin Shaklee
|
Pertama sekali, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang
positif, iaitu ibu sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi , dan tidak lama
lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang
sesuai. Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan
tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang
membesar.Tips dan petua di atas kebanyakannya boleh dilakukan ketika anda
bersama bayi.
Pengalaman bengkak memang bagi pengajaran betul kepada saya,
semasa bersalin anak kedua alhamdulillah tiada lagi masalah bengkak susu kerana
dari hari pertama selepas bersalin saya terus ambil Lecithin untuk mengelak
bengkak susu lagi.Tak Nak Sakit lagi...
Berminat Untuk Mendapatkan Lecithin , Nak Order??
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap
pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai
tip-tips dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul.
H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Email: supplement.eshoppe@gmail.com
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi
Anda BERMINAT NAK JADI
AHLI SHAKLEE dan nikmati
potongan hebat 15%
- 20%
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE
Mudah sahaja hanya klik di sini:
Jemput Follow diblog saya untuk
mendapatkan info2 tentang kesihatan
Pick Up/COD Area:
Cheras/Seri Kembanga/Putrajaya/Cyberjaya
&
Penghantaran seluruh Malaysia
Dapatkan pelbagai Supplement Shaklee sekarang!!!
walaupun saya jenis tak banyk sangt susu..tapi masa mula2 kerja lepas pantang merasa jugak sebab tak pam dalam masa yang lama..
BalasPadamIkan Budu
Info yang bagus...thankz for share... :D
BalasPadampernah mengalaminya..sampai demam2...petua org dulu2..letak kubis sekeliling payudara dan boleh juga guna sikat untuk urut supaya susu dapat keluar..
BalasPadamBahayakah Plasenta Privia
Saya mengalaminya untuk ketiga-tiga anak..rasa nk demam pun ada.lepas bidan urut baru lega...
BalasPadamberat turun dengan mengamalkan minyak ikan?
Dulu ada kawan pernah alami bengkak susu tp sy x dapat nak bantu sebab tiada pengalaman dan ilmu tentang ni..bila join shaklee, baru dpat pelbagai info. Tak nyesal join shaklee
BalasPadamSELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014
Bengkak susu..saya dulu 2 kali beranak, 2 kali kena bengkak susu sampai demam-demam. Masa tu tak kenal lagi dengan Lecithin Shaklee nie. Just amek kubis and selalu pam. Itu ja.
BalasPadamJommSihatDanCantik -> TERLAMPAU KEMARUK MAKANAN UNDANG PELBAGAI MASALAH
Masa melahirkan anak pertama,merasa juga bengkak susu ni.sakit sangat..Anak kedua, dah tak kembang sebab dah da pengalaman..
BalasPadamAlhamdulillah sejak lahirkan anak, sejak mula menyusu tak pernah kena lagi bengkak susu nie. tp org kata memang sakitlah boleh sampai demam kan..
BalasPadamhttp://anakummicomel.blogspot.com/
Memang sakit kena bengkak susu ni. Tuhan je yg tau.. Lepas urut bru lega..
BalasPadamTips & Info Checklist: Apa yang perlu ada dalam 'Beg Hospital'?
Wahh.. Takut nya.. Dah la sakit bersalin lagi.. Sebab tu lah.. Anak ni Kena hormat, syg ibu lebih pada ayah.. Mcm2 yg ibu rasa wktu Kelahiran..
BalasPadamCegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar
Memang sakit sangat bila kena bengkak susu ni.. last time tak tau cara lain selain kena pam keluar juga susu tu untuk meredakan bengkak. Tapi pam masa breast tengah bengkak pun satu hal sakitnya.. Dugaan seorang ibu..
BalasPadamKak tun dulu bengkak susu masa nak ceraikan susu anak. Kak Tun biarkan aje. Nasib baik 3 hari je. Pastu dah ok...
BalasPadamKisah Benar!!! Sembelit Ibu Muda Ketika Berpantang Undang Masalah Jiwa
bila kena bengkak susu memang menykitkan.. lecithin ni memang da jadi kegemaran kak kiah..lecithin ini membantu sangat! gud info.. jayakan penyusuan badan hingga 2 tahun >>>
BalasPadamhttp://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/11/tip-menjayakan-penyusuan-badan-hingga-2.html
Alhamdulillah... Lecithin mmg disarankan utk masalah susu bengkak,duktus susu tersumbat
BalasPadamSelalu bengkak susu masa hari ketiga lepas bersalin. Tapi masa tu tak kenal lecithin shaklee. Sekarang dah siap sedia sebotol.
BalasPadamTenaga Terlebih Tak Boleh Tidur