7 Punca Rambut Gugur
Terdapat pelbagai factor menjadi punca keguguran rambut.
Dengan mengenal pasti penyebabnya, ia dapat menjadikan panduan agar anda dapat
menjaga mahkota kepada kecantikkan wanita.
Bagi golongan yang gemar mengayakan rambut dengan fesyen
terkini seperti melurus dan mewarnakan, mereka lebih berpotensi mengalami
masalah keguguran rambut yang teruk. Ini kerana proses mewarnai,melurus,atau
mengerintingkan rambut menggunakan bahan kimia. Penggunaan bahan tersebut akan
merosakkan rambut sehingga ke akar, lama-kelamaan akan menjadi kering dan
gugur.
2. Perubahan Hormon
Ketika hamil dan melahirkan cahaya mata, wanita mengalami
perubahan hormone. Keadaan ini menyebabkan hormone di dalam tubuh tidak
stabil,akibatnya rambutnya menjadi rapuh dan mudah gugur.
3. Genetik
4. Perjalanan darah tidak lancar
Rambut gugur juga isyarat tubuh menghadapi masalah
dalaman seperti perjalanan darah yang tidak lancer. Ia menyebabkan oksigen
tidak sampai ke seluruh tubuh dengan baik. Akibatnya, rambut tidak kuat dan
mudah gugur.
5. Tabiat Buruk
Ada sesetengah orang yang mempunyai tabiat buruk seperti
suka menarik rambut terutama ketika diserang sakit kepala. Bukan sahaja
menyakitkan dan boleh mencederakan kulit kepala tetapi tabiat ini juga
menyebabkan akar rambut menjadi lemah dan mudah tercabut.
6. Penggunaan produk yang tidak sesuai
Pemilihan produk penjagaan rambut mestilah tepat dan
bersessuaian. Janagan suka berekperimen dengan produk kerana ia akan membuat
rambut menjadi kering dan mudah rosak. Dapatakan pandanganpakar untuk memilih
syampu dan perapi yang bersesuaian. Jika perlu gunakan serum dan
elakkanmengeringkan rambut dengan kerap.
7. Diet tidak seimbang
Diet yang tidak sihat seperti gemar makananberlemak dan
berkolestrol tinggi tidak baik untuk kesihatan. Gaya pemakan sebegini juga
tidak membekalkan nutrient yang diperlukan tubuh, akibatnya rambut menjadi
lemah dan rosak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan