Selasa, 21 Oktober 2014

7 Punca Rambut Gugur

7 Punca Rambut Gugur


Rambut gugur memang merimaskan. Dimana-mana sahaja helaian rambut bertaburan terutamanya di bilik air. Bukan sahaja menjejaskan penampilan wanita malah keguguran rambut guja membuatkan kaum Hawa berasa tidak selesa.
Terdapat pelbagai factor menjadi punca keguguran rambut. Dengan mengenal pasti penyebabnya, ia dapat menjadikan panduan agar anda dapat menjaga mahkota kepada kecantikkan wanita. 


1. Bahan Kimia

Bagi golongan yang gemar mengayakan rambut dengan fesyen terkini seperti melurus dan mewarnakan, mereka lebih berpotensi mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Ini kerana proses mewarnai,melurus,atau mengerintingkan rambut menggunakan bahan kimia. Penggunaan bahan tersebut akan merosakkan rambut sehingga ke akar, lama-kelamaan akan menjadi kering dan gugur.

2. Perubahan Hormon

Ketika hamil dan melahirkan cahaya mata, wanita mengalami perubahan hormone. Keadaan ini menyebabkan hormone di dalam tubuh tidak stabil,akibatnya rambutnya menjadi rapuh dan mudah gugur.

3. Genetik

Jika seseorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anaknya juga akan mengalami masalah yang sama. Kebarangkalian untuk menghadapi masalah ini sangat tinggi kerana ia disebabkan faktor genetik.

4. Perjalanan darah tidak lancar

Rambut gugur juga isyarat tubuh menghadapi masalah dalaman seperti perjalanan darah yang tidak lancer. Ia menyebabkan oksigen tidak sampai ke seluruh tubuh dengan baik. Akibatnya, rambut tidak kuat dan mudah gugur.

5. Tabiat Buruk

Ada sesetengah orang yang mempunyai tabiat buruk seperti suka menarik rambut terutama ketika diserang sakit kepala. Bukan sahaja menyakitkan dan boleh mencederakan kulit kepala tetapi tabiat ini juga menyebabkan akar rambut menjadi lemah dan mudah tercabut.

6. Penggunaan produk yang tidak sesuai

Pemilihan produk  penjagaan rambut mestilah tepat dan bersessuaian. Janagan suka berekperimen dengan produk kerana ia akan membuat rambut menjadi kering dan mudah rosak. Dapatakan pandanganpakar untuk memilih syampu dan perapi yang bersesuaian. Jika perlu gunakan serum dan elakkanmengeringkan rambut dengan kerap.

7. Diet tidak seimbang

Diet yang tidak sihat seperti gemar makananberlemak dan berkolestrol tinggi tidak baik untuk kesihatan. Gaya pemakan sebegini juga tidak membekalkan nutrient yang diperlukan tubuh, akibatnya rambut menjadi lemah dan rosak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan