Waspada Penggunaan Gajet Dikalangan Kanak-kanak
Walaupun ada pendapat yang mengatakan aplikasi yang terdapat pada tablet atau telefon pintar ini mampu mempengaruhi kecerdasan otak si kecil melalui aktiviti yang pelbagai, ramai kalangan ibu bapa mula berasa gusar kerana obsesi anak-anak terhadap gajet. Timbul kerisauan jika tindakan mendedahkan mereka ini kurang tepat hingga menganggu tumbesaran, apatah lagi kemahiran social kerana terlalu leka dengan gajet atau tablet. Sebenarnya boleh sahaja anak anda bermain dengan tablet, tapi perlu ada pemantauan daripada orang dewasa....
1. Tentukan had masa
Pada usia bayi dan kanak-kanak, mata tidak dirancang melihat dalam jarak dekat dan memandang layar dua dimensi dalam tempoh yang lama.Tempoh masa menggunakannya haruslah secara sederhana. Berilah anak bermain dengan tablet tidak lebih dari dua jam sehari.
2. Pilih aplikasi yang sesuai
Dapatkan aplikasi dan permainan yang membawa kebaikkan kepada perkembangan si kecil. Misalnya buku cerita digital yang tentunya boleh menambah kosa kata. Aplikasi menggambar, mewarnai dan puzzle juga boleh menjadi pilihan yang baik.
3. Bermain bersama
Berperanan aktif ketika menemani sikecil bermain dengan ipad atau tablet. Ajarkan untuk mengenal ragam warna, kosa kata, nama-nama binatang, juga bentuk. Bahkan ketika anda berdua memainkan Angry Birds sekali pun. Lakukan perkara yang sama ketika anda membaca buku untuknya. Misalnya, dengan meminta anak menyebut warna-warna yang dilihat pada aplikasi permainan.
4. Alihkan perhatian
Bagi mengelakkan si kecil tertumpu pada gajet, gunakan permainan fizikal seperti set permainan sebagai tarikan. Selain itu, secara perlahan-perlahan wujudkan aktiviti lain seperti membawa anak-anak melakukan aktiviti yang menyihatkantubuh seperti bermain ditaman permainan atau mengayuh basikal, sesuai dengan tahap usia anak-anak anda.
5. Pembabitan Ibubapa
Ibu bapa perlu mengawal dan mengawasi penggunaan tablet dalam kalangan kanak-kanak. Elakkan semua jenis permainan, aplikasi dan laman web yang dilayari tidak bersifat negatif yang boleh memberikan kesan kepada minda kanak-kanak. Ibubapa tidak boleh bersikap lepas tangan dan membiarkan anak-anak bermain gajet secara bersendirian.
6. Kandungan Negatif
Bila anda suka menyaksikan Video-video pendek dari youtube,gunakan child-lock yang tersedia khusu untuk tablet anda. Ini menghindarkan anak secara tidak sengaja menyentuh dan terhubung pada kandungan yang tidak sesuai untuk dilihat olehnya.
7. Gelombang Wifi
Pada dasarnya semua peranti memiliki gelombang elektro magnetic. Selain yang terdapat pada tablet dan telefon tangan anda. Gelombang elektro megnetik pada wifi dianggap besar dan boleh mengganggu perkembangan sel-sel saraf anak. Aplikasi sikecil sedang bermain-main dengan tablet, matikan sahaja talian wifi.
8. Gejala Ketagihan
Kurang pengendalian diri pada kanak-kanak menyebabkan ketagihan terhadap gajet. Akibatnya, perkembangan si kecil dibeberapa aspek, terutama aspek social, tidak terasah. Oleh itu segeralah atasinya dengan mengurangkan waktu atau melarangnya bermain tablet untu sementara waktu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan