5 Tips Didik Anak Jadi Sopan
Hari ini nak kongsi lagi tips untuk didik anak agar jaadi sopan, Boleh dijadikan panduan untuk ibu muda dan juga untuk saya sendiri, jom kita tengok!!!!!
Saya percaya ramai ibubapa termasuk diri saya sendiri yang berusaha untuk membentuk cahaya mata agar menjadi anak yang sopan. Namu Kebelakangan ini ada kalangan anak kecil yang sudah pandai berkata kasar kepada orang yang lebih tua.
Menurut pakar etiket ternama dari Amerika Syarikat, Emily post, Kesopanan adalah salah satu elemen kejayaan seseorang. Anak yang sopan santun akan lebih mudah bersosial dan mengadaptasi dirinya dengan masyarakat. Jadi bagaimana untuk mendidik buat hati agar lebih menghargai tatasusila?? antara panduanya adalah:
Cinta Dan Penghargaan
pelajaran sopan santun boleh dimulai semenjak anak dilahirkan lagi. Ia adalah kesedaran terhadap apa yang dirasakan oleh orang lain. Bagi memiliki kesedaran tersebut, seseorang perlu memiliki sensitiviti yang boleh dibentuk sejak kecil lagi.
Caranya adalah dengan menciptakan suasana penuh cinta dan penghargaan semenjak si kecil lagi. Jika sudah terbiasa dicintai dan dihargai, kemungkinan anak akan lebih mudah melakukan perkara yang sama kepada orang lain.
Ajarkan Perkataan Ajaib
Ibubapa disaran memperkenalkan perkataan ajaib yang boleh digunakan sehari-hari. Didik anak menyebut perkataan"maaf" jika menyinggung orang lain, "tolonh" ketika meminta sesuatu dan "terima kasih' ketika mendapatkan sesuatu dari orang lain. Awalnya anak belum begitu memahami makna di sebalik penggunaan kata-kata tersebut tetapi pemahamnnya akan meningkat seiring pertambahan usia dan pengalamannya.
Berkelakuan Sopan
Menyapa dan memberi salam merupakan adab kesopanan yang perlu dikuasai anak-anak. Keterampilan asas ini penting dikuasai untuk menyokong kemampuannya bersosial kelak. Selain cara menyapa yang dilakukan secara langsung. Ajar sikecil cara menyapa orang lain melalui telefon. Menginjak usia empat tahun, kemungkinan anak akan melai tertarik dengan tugasan sebagai penjawab telefon.
Kenalkan Amalan Baratur
Budaya beratur perlu diketahui anak sejak dia mulai berinteraksi dengan orang lain. Dalam mempraktikkan budaya ini ajar anak menyusun permainannya.Ajak si kecil menemani anda beratur ketika membeli barangan tiket dan lain-lain, Jika sudah terbiasa melihat anda melakukannya, akan lebih mudah baginya untuk menerapkan sendiri budaya ini di kemudian hari.
Belajar Berkongsi
Tanamkan dalam minda si manja bahawa berkongsi adalah kewajipan yang harus diamalkan. Asah anak dengan memberitahu bahawa berkongsi adalah amalan yang baik. seperti yang disarankan penulis buku THE HAPPIEST TODDLER ON THE BLOCK. Ibu bapa sendiri perlu menunjuk contoh yang baik agar di jadikan panduan untuk anak-anak.
Credit to : Majalah Mingguan Wanita bil 1613
Nice Tips.. semoga bermanfaat untuk semua :)
BalasPadamsalam singgah ..
Nice Tips.. semoga bermanfaat untuk semua :)
BalasPadamsalam singgah ..
Good info tq sharing
BalasPadam