Ahad, 12 Oktober 2014

Bersenam Semasa Di Pejabat

Tips Senaman Ringkas Semasa di Pejabat

Walaupun sibuk dengan tugasan di pejabat tiada alasan untuk kita mengabaikan senaman. Bersenam tidak hanya boleh dilakukan di taman-taman rekreasi atau gymnasium. Di sini saya ingin berkongi beberapa tips yang boleh dipraktikkan bagi memasti diri kita sentiasa berasa dalam keadaan sihat dan cergas.

SEHARIAN bekerja sudah tentu meletihkan dan apabila pulang ke rumah, apa yang terfikir hanyalah berehat sambil menonton televisyen atau bersama keluarga.

Sudah tentu, dengan rutin ini, anda hampir tiada masa untuk bersenam atau mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana kekangan waktu. Cuba fikirkan anda berada di pejabat dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Malah, ketika pulang pula terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya dan boleh dikatakan sebahagian waktu anda dihabiskan tanpa melakukan regangan atau senaman.

Apatah lagi anda terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin. Sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan anda dan menjadikan anda seorang yang tidak sihat.

Cara yang terbaik untuk mengekalkan anda sentiasa sihat selain menjaga pemakanan adalah melakukan regangan ringkas atau senaman. Berikut dikongsi tip senam mudah yang boleh dilakukan di pejabat:

* Gunakan tangga dan kurangkan penggunaan lif atau ketika makan tengah hari amalkan untuk berjalan ke restoran berdekatan pejabat anda..

* Ketika duduk, gunakan teknik arm strengthen di mana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas.

* Genggam telapak tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi. Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama pada tangan sebelah lagi.

* Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement di mana masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda, selama tiga hingga empat saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.

* Manakala teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah di sebelah kanan pula.

Malah anda masih lagi boleh melakukan senaman ringkas sebegini ketika menghadiri mesyuarat panjang atau sedang melakukan perbincangan bersama dengan rakan sekerja.

Sehubungan itu, tiada lagi alasan untuk menyatakan anda tiada masa untuk melakukan senaman kerana sibuk dan kerap pulang lewat ke rumah.

Jika pejabat anda mempunyai gimnasium, gunakan peluang ini sebaiknya dan luangkan kirakira 20 minit untuk melakukan senaman ketika waktu rehat atau sebelum pulang ke rumah.

Bagi memastikan anda sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, apa kata ajak rakan sekerja melakukan senaman bersenam. Pasti ini lebih menyeronokkan!!!!!

SELAMAT MENCUBA YER!!!!! 



Email: supplement.eshoppe@gmail.com
H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 

Jemput Follow diblog saya untuk mendapatkan info2 tentang kesihatan

1 ulasan: