Pernah tak ibu-ibu mengalami masalah seperti ini? Terutama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama.
Masalah susu tak nak keluar, susu sikit, susu merudum droppp walaupun telah mengamalkan bermacam2 petua dan telah mengambil supplement tetapi susu masih juga ditahap yang sama.
Kurang pengalaman, cepat berputus asa atau tidak tahu teknik penyusuan yang betul, punca utama mengapa kaum ibu memilih susu formula kepada anak anda ketika berpantang.
Saya ingin berkongsi mengenai teknik-teknik penyusuan yang betul buat panduan ibu-ibu yang ingin sangat menyusu anak secara eksklusif.
Haaa... Harus ingat bahawa teknik untuk penyusuan yang berjaya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada supplement sahaja ye.. supplement hanya boleh membantu memberi tahap kesihatan yang lebih baik kepada ibu, apabila ibu sihat dan ceria, barulah penyusuan itu boleh berjaya. Teknik Penyusuan adalah :
- Pumping session yang kerap. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali.
- Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tahukah anda setiap 25 kg berat kita, ia memerlukan 1 liter air.
Teknik lekapan ni sebenarnya cara bayi menyusu direct dengan breast ibu. Iaitu, cara memasukkan mulut bayi untuk hisapan yang betul supaya susu keluar dengan lancar. Jika cara lekapan masih tidak sempurna, kemungkinan yang akan berlaku adalah seperti berikut:
- merasakan susu kurang
- payudara melecet atau luka
- payudara sakit
- bengkak susu walaupun bayi kerap menyusu
- bayi menangis dan masih belum kenyang
- bayi tidur kurang 1 jam
- bayi meragam ketika menyusu atau selepas menyusu
- bayi nampak letih dan frust
adakah para ibu pernah merasai situasi seperti diatas? Jika pernah, anda perlu lihat semula cara penyusuan anak anda.
Untuk permulaan, bagi merangsang tindak balas natural bayi untuk menyusu, cubalah langkah berikut :
1) Dukung dan letakkan bayi dalam posisi yang selesa. Ibu juga harus selesa.
2) Sentuh pipi bayi, supaya dia berpaling ke arah payudara
3) Sentuh bibir bayi dengan puting agar dia mula membuka mulut. Tunggu dan acah sehingga dia membuka mulut seluas mungkin.
4) Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.
5) Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawasan gelap keliling puting ibu.
6) Pastikan bayi lekap / latching dengan betul dan ampu payudara dengan menggunakan tangan anda.
BAGAIMANA POSISI PAYUDARA SEMASA BAYI MENYUSU?
- pegang payudara dalam keadaan C hold
- ibu jari atas puting, jari lain di bawah
- ampu dengan lembut, jangan picit atau tekan payudara dengan kuat.
LEKAPAN/LATCHING BAYI YANG BETUL
- mulut bayi terbuka luas
- dagu cecah payudara
- bibir atas dan bawah sedikit melekup keluar
- sebahagian besar aerola masuk dalam mulut bayi. Jika ibu mempunyai aerola yang besar, tidak semestinya mulut bayi cover habis. Cukup jika bayi tidak sekadar menghisap puting sahaja dan tidak menyakitkan ibu.
- pipi bayi kembang kucup
- bayi menghisap dan ada nada.. Hisap telan hisap telan..
sekiranya semua langkah di atas telah diikut, insyallah..teknik lekapan yang betul ini akan memberi reaksi bayi anda seperti :
- bayi kenyang
- bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal dan akhir
- ibu cukup rehat
- ibu tidak frust dan give up untuk eksklusif BF
- ibu tidak bengkak susu
- mengekalkan production susu yang optimum
TESTIMONI SET MENYUSU
Pick Up/COD Area:
Cheras/Seri Kembanga/Putrajaya/Cyberjaya
&
Penghantaran seluruh Malaysia
Dapatkan pelbagai Supplement Shaklee sekarang!!!!
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan