Apa itu Keputihan
Keputihan atau flour albus dalam istilah perubatannya adalah cairan yang keluar dari vagina yang ada kalanya disertai dengan kegatalan dan rasa terbakar di bibir kemaluan. Cairan ini juga kerap disertai dengan bau busuk di samping menyebabkan rasa sakit sewaktu membuang air kecil dan menjalinkan hubungan seksual.
Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.
Cecair keputihan memiliki warna yang bervariasi. ada berwarna putih, kekuningan dan kelabu. Bentuknya pula berupa cecair, kental dan seperti kerak susu. Begitu juga dengan baunya, ada berbau telur busuk, tidak berbau dan ada juga yang hanyir seperti bau ikan.
Tanpa lendir, sel-sel dan dinding saluran faraj akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan akan menimbulkan masalah seperti pendarahan di dinding faraj dan kesakitan sewaktu hubungan seksual. Selain itu, pangkal rahim juga menghasilkan lendir yang memainkan peranan penting di dalam percantuman benih lelaki (sperma) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan sebelum terjadinya kehamilan.
Keputihan memang sinonim dengan wanita. Keputihan bukan sahaja dihadapi oleh wanita yang telah berkahwin malah yang masih belum berkahwin pun turut berisiko menghadapi masalah yang sama jika tidak di cegah diperingkat awal.Setiap wanita samada dewasa ataupun remaja sering mengalami keputihan. Ini merupakan situasi biasa kerana faraj dan pangkal rahim sememangnya mengeluarkan lendir atau cecair yang dipengaruhi oleh paras-paras hormon estrogen dan progesteron di dalam darah wanita untuk melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj.
Punca Masalah Keputihan Berlaku
-cara pemakanan yang tidak sihat atau nutrisi yang tidak seimbang yang diperluka oleh badan kita. Pemakanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan keputihan.
-pemakaian tuala wanita dalam tempoh yang terlalu lama atau seluar dalam yang terlalu ketat boleh menyebabkan berlaku keputihan berlaku..
- sering menggunakan ketika membasuh dibahagin intim wanita selepas membuang air kecil @ air besar.
- Sering menggunakan tandas awam yang kotor
- tidak mengganitikan panty liner, penggunaan tempoh yang terlalu lama
- Kurang menjaga kebersihan di bahagin Vagina
-Mengguna sabun biasa ketika membasuh bahagian Vagina
Sesetengah wanita yang baru melahirkan anak juga sering mengalami masalah keputihan ini sehingga ada yang rimas dan tidak selesa dengan keadaan ini.Masalah keputihan yang teruk boleh menganggu kerharmonian rumahtangga terutama hubungan intim dengan pasangan.Wanita yang hamil juga berisiko menghadapi masalah keputihan kerana hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan banyak glycogen. Ini menyebabkan fungus atau bakteria mudah membiak dalam keadaan yang lembab. 80% wanita hamil mengalami masalah keputihan boleh menyebabkan jangkitan kepada bayi didalam kandungan.
Perlu Rawatan Segera
Namun begitu, lendir atau keputihan yang terlalu banyak tidak boleh dipandang mudah. Ia perlu dirawat dengan kadar segera keranan keputihan kronik boleh menyebabkan kemandulan. Keadaan ini berlaku apabila keputihan yang tidak dirawat akan menyebabkan infeksi ke bahagian dalam rahim sehingga menyebabkan risiko yang bukan sekadar rasa gatal atau bau yang kurang menyenangkan tetapi merosakkan kilang telur, sehingga menyebabkan penyumbatan sel-sel telur dan seterusnya kemandulan.
KENALI JENIS-JENIS KEPUTIHAN
KEPUTIHAN NORMAL :-
✔ Lendirnya berwarna jernih,
✔ Tidak berbau
✔ Tidak menimbulkan rasa gatal.
✔ Ia disebabkan oleh faktor hormon estrogen yang biasanya keluar semasa menstruasi atau sebelum dan beberapa hari selepas menstruasi atau boleh juga terjadi ketika seseorang wanita itu mengalami keletihan atau stress
KEPUTIHAN TIDAK NORMAL :-
✔ Berwarna kekuningan, coklat atau kehijauan,
✔ Boleh menimbulkan iritasi pada kulit di sekitar organ intim seperti kemerahan, gatal serta bau yang tidak menyenangkan malah akan berasa sakit ketika membuang air kecil.
✔ Biasanya ia berlaku disebabkan oleh faktor jangkitan kulat, bakteria atau virus yang keluar pada bila-bila masa setiap hari dengan banyak
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya itu adalah penyakit. Sebaliknya itu adalah proses biasa bagi seorang wanita yang menandakan itu adalah waktu suburnya. lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim akan melindungi sel-sel serta saluran dinding rafaj. Tanpa lendir ini sel-sel dinding faraj akan rosak dan kering.
Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? BAGAIMANA NAK HILANGKAN????
Selain daripada pengambilan ubat-ubat yang di syorkan oleh doktor sakit puan, Alfalfa Complex Shaklee dapat membantu masalah keputihan. Pengambilan secara konsistan Insyallah dapat membantu atasi masalah ini
* Dengan penggunaan Alfalfa Complex Sahaklee masalah keputihan ni dapat di atasi nya..tak perlu lagi memakai pantyliner..bau miss v pun hilang!!!!!
#TESTIMONI PENGGUNA ALFALA COMPLEX SHAKLEE
**** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease****
Pick Up/COD Area:
Cheras/Seri Kembanga/Putrajaya/Cyberjaya
&
Penghantaran seluruh Malaysia
Dapatkan pelbagai Supplement Shaklee sekarang!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan