Tip Mudah Untuk Kembalikan Kesihatan Mata
Mata adalah pancaindera yang penting. Walaupun ia kecil dan berada dia bahagian atas namun fungsinya sangat diperlukan dalam memudahkan kerja sehari-hari. sebab itu lah kita perlu menjaga anugerah Tuhan ini.
Berkerja berjam-jam lamanya, kurang tidur, tertekan dan menggunakan gajetdalam tempoh waktu yang panjang adalah beberapa perkara yang boleh membuatkan mata kita cepat letih dan hilang fokus. Malah pada masa yang sama penampilan anda turut terjejas kerana mata sudah menunjukkan isyarat melalui lingkaran gelap mata di bawah kelopaknya.Oleh itu beberapa tips untuk atasi masalah kesihatan mata.
- Kentang
Kandungan catecholase di dalam kentang berfungsi membuat kulit menjadi lebih cerah. pada masa yang sama, ia juga sering digunakan untuk mengurangkan bengkak dan kesan lebam di bahagian lingkaran mata.
Mudah sahaja caranya, Hiris kentang dengan potongan bulat (tidak terlalu nipis) dan rendamkan ia kel dalam air sejuk selama beberapa minit. Setelah itu letakkan hirisan kentang diatas mata. Dalam tempoh lima minit seterunya, mata anda akan berasa sangat selesa dan sekali gus amembantu mengurangkan bengkak di bahagian kantung mata.
- Uncang Teh
Uncang teh Mengandungi sejenis bahan yang dipanggil tannin di mana ia sangat bagus untuk mengurangkan masalah bengkak mata.
caranya adalah dengan merendamkan seketika dua uncangteh ke dalam panas, kemudian letakkan di atas kelopak mata anada selama lima minit, dengan cara ini mampu mengurangkan rasa penat dan bengkak pada mata sekaligus membuatkan pandangan mata anda kelihatan lebih cerah.
- Avokado
Hanya dengan meletakkan potongan avokado yang telah masak di bahagian mata, dapat menghilangkan masalah penat mata yang juga menyebabkan lingkarang bawah mata menjadi gelap.Cara ini juga boleh mengurangkannya.
- Sudu Sejuk
Ambil dua batang sudu besi dan rendamkan seketika di dalam air sejuk. Setelah itu boleh lah di ambil untuk diletakkan di bahagian kolapak mata selama satu hingga dua minit. Cara ini sangat mudah bagi membantu menghilangkan rasa penat di bahagian mata.
- Timun
Timun adalah bahan semula jadi yang amat popular untuk digunakan dalam mengatasi masalah mata yang sembab dan kepenatan. Anda hanya perlu sediakan dua potong hirisan timun yang sejuk diatas kelopak mata. Dipercayai masalah yang dihadapi akan hilang secara perlahan-perlahan, sekali gus menyegarkan dan membuatkan penglihatan menjadi bertambah baik....
Saya sendiri telah mencubanya tips ini...Anda juga boleh mencubanya...
Selamat mencuba..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan