Khamis, 11 September 2014

Tips Mendidik Anak-Anak

Tips Mendidik Anak-Anak Dan Cara Mengurangkan 
Marah Pada Anak Kecil 

As Salam semua....
Tiba-tiba rasa terpanggil untuk berkongsikan bersama berkaitan artikel yang dibaca dalam sebuah majalah yang berbentuk kekeluagaan, Tapi saya x ingat majalah apa yang saya baca...Saya suka pasal artikel ini kerana sangat berguna untuk saya kerana saya adalah seorang ibu yang telah di beri amanah yang besar oleh Allah SWT.untuk mendidik anak-anak. 



Memang tidak mudah untuk kita semua mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak yang susah mendengar kata, menyebabkan kita sebagai ibubapa hilang kesabaran, naik darah dan sebagainya. Meninggikan muka dan bengis menjadi pilihan ibubapa. Namun dengan sikap seperti ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak. 

Sudah tentu  kita semua tidak mahu anak membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anada pula akan memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka menjadi begitu. Andalah yang menjadikan emosi meraka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah. 

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Mereka cuba membentu jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka. 


Disini ada beberapa tips yang dikongsikan untuk memdidik anak-anak..

1. Sebelum memarahi anak anda.Fikirkan dahulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahu anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu. 

2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada dimarahi. ia memang tidak mudah. Namun ia  sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka. 

3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan. 

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara,muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya dalam hati sahaja. 

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif terhadap anak kita. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakkah anda suka dikutuk di depan orang lain.Begitu juga dengan anak anda. Tiada Siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil. 

6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV, Anda Perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV. 

7.  Banyakkan membaca Al-quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Menjadikan mereka lebih mudah mendengar kata, Kita sebagai ibubapa perlulah mendoakan untuk anak-anak kerana doa dari ibubapa yang paling baik. Tahukah anda hiburan dikaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata. 



Salah satu tangungjawab yang sering diabaikan oleh ibubapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah menghargai anak anda.Insyallah mereka juga akan menghargai anda. Kerana mereka belajar daripada anda. 

Semoga Tips mendidik anak yang dikongsi ini dapat membantu kita semua. 
Untuk maklumat lanjut,
hubungi saya Ismazira Email: supplement.eshoppe@gmail.com
H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com/ 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan