Ahad, 9 November 2014

Atasi Masalah Sembelit Semasa Hamil

Ostematrix Shaklee Bantu Atasi Sembelit Semasa Hamil 


Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil. Ibu hamil memang sinonim dengan masalah sukar membuang atau sembelit. Hal ini biasanya berpunca daripada rahim yang semakin membesar dan menyebabkan berlaku tekanan fizikal pada usus. Ini akan menghalang pergerakkan najis ke usus besar dan rectum.Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.

Jenis dan Punca
Peningkatan hormon tertentu ketika hamil
Akibatnya:-
  1. Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah
  2. Kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan
-          Makanan akan menjadi lebih lama di dalam perut sehingga ibu hamil sukar membuang air besar
-          Peningkatan pengambilan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement)
-          Berat badan ibu dan janin tidak seimbang. Hal ini menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan
-          Gerakan fizikal terbatas. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti gerakan semasa hamil
Pemakanan ibu juga menjadi faktor penting dalam menyumbang kepada masalah sembelit. Ketika mengandung ada ibu yang hanya makan makanan yang boleh diterima tekak. Tanpa disedari ibu kurang mengambil makanan tinggi serat. Selain itu, ibu hamil juga biasanya kurang melakukan aktiviti fizikal dan sering merasa risau. Masa mengandung nak berjalan pun terasa malas, lebih-lebih lagi bila perut dah memboyot. Bila kandungan semakin membesar, kerisauan ibu semakin bertambah lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali. Macam-macam yang dirisaukan.
Perubahan hormon ketika mengandung juga menyebabkan makanan dihadam perlahan ketika hamil. Ini akan menyulitkan lagi keadaan ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit. Ada juga ibu yang sembelit sebab makan pil zat besi yang dibekalkan oleh klinik kesihatan. Jika ini berlaku sila rujuk doktor anda untuk tukar jenis lain atau penyelesaian yang lain.
Jangan stress sangat. Tempoh kehamilan sepatutnya tidak diganggu dengan perkara-perkara tak seronok macam ni. Ada banyak cara untuk elak sembelit ni.

Apa yang perlu anda ketahui?
Sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.

Cara  Mengelakkan Sembelit di kalangan Ibu Hamil :
  • Minum banyak air masak. Pastikan minum 2-3L air masak sehari. Kekurangan air dalam badan memang akan menyebabkan masalah sukar membuang, bukan hanya pada ibu hamil.
  • Makan makanan tinggi kandungan serat seperti oat, beras perang, cereal dan buah-buahan.
  • Jus buah dan yogurt juga dapat membantu lancarkan sistem pembuangan. Gantikan minuman kordial dengan jus buah segar.
  • Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki. Buat kerja-kerja rumah juga aktiviti fizikal tau. Jangan habiskan masa dengan berbaring sahaja, selain susah nak membuang nanti susah nak bersalin jugak.
  • Jika sembelit berpunca dari ubat / pil zat besi yang dibekalkan oleh klinik kesihatan, rujuk doktor anda.
Ostematrix Shaklee dapat membantu atasi masalah sembelit? 
Dalam Ostematrix tu, bukan je ada Kalsium, tapi ada jugak Magnesium... Selain berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang, magnesium ni jugaklah yang berfungsi untuk pelawasan tu...Magnesium yang terdapat dalam Ostematrix membantu untuk melembutkan najis. Secara tidak langusng masalah sembelit juga dapat di atasi selain ibu dapat bekalan kalsium yang cukup untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi.
  •  Magnesium membantu melegakan otot dalam usus - menyebabkan otot usus menjadi lembut dan menghapuskan sembelit.
  • Magnesium juga membantu menarik air ke dalam usus - menyebabkan jumlah air di dalam usus bertambah dan membantu melembutkan najis

Ostematrix

Selain Ostematrix, Set Kahamilan Shaklee terdiri daripada :
  • Vitalea (multivitamin dengan iron) – sangat membantu ibu hamil untuk kekal cergas & menstabilkan bacaan Hb.
  • B Complex – mengelakkan stress, melegakan loya di awal kehamilan, menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Vitamin C – sebagai antioksidan, elak selesema.
  • Omega Guard – bekalan omega 3 yang sangat baik untuk otak bayi dan kesihatan ibu. (Diambil mula pada trimester ke2)
Maka, berusahalah untuk mengelakkan daripada terkena sembelit ketika hamil. Amalkan cara pemakanan yang sihat. Pemakanan yang seimbang ini juga amat penting bagi perkembangan bayi dalam rahim sekaligus mengelakkan penyakit kepada ibu hamil itu sendiri.

Nak Order??

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Setiap pembelian dari saya akan mendapat konsultasi PERCUMA mengenai tip-tips dan cara/jadual pengambilan vitamin yang betul. 

Email: supplement.eshoppe@gmail.com

H/P No: 012-3030144
ID Shaklee: 1069883
Blog: http://bazarvitamin.blogspot.com 
Page: https://www.facebook.com/SupplementEShoppe
Instagram: isfzqsara
Fb: Arizamsi Liamsi 

Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati 
potongan hebat 15% - 20%
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE

Jemput Follow diblog saya untuk mendapatkan info2 tentang kesihatan

Pick Up/COD Area:
Cheras/Seri Kembanga/Putrajaya/Cyberjaya
&
Penghantaran seluruh Malaysia

Dapatkan pelbagai Supplement Shaklee sekarang!!!

14 ulasan:

  1. Dapatkan set pantang shaklee.. memang best.. x perlu risau baby panas..

    BalasPadam
  2. Pernah cerita kawan oficce sembelit sampai jadi buasir..ngeri dengar..perlu suggest kat dia set ni nanti..

    Siapa Perlukan Omega Guard?

    BalasPadam
  3. sembelit masa dalam pantang memang ngeri...sebab saya sendiri lalui saat yang macam ni...masa tu tak kenal pun shaklee...beli ubat dekat farmasi je

    BalasPadam
  4. Dengan adanya ostematrix tak perlu risau pasal masalah sembelit...

    Peminatvitamin.blogspot.com

    BalasPadam
  5. tak dapat nak bayangkan klau sembelit time berpantang...nauzubillah...
    jom baca: Khasiat Buah Mullberry

    BalasPadam
  6. Nsb baik mmg ambik oste nie dri preggy smpai bersalin.xde lah sembelit...

    BalasPadam
  7. Memang betul..saya amalkan ostematrik ..tiada sembelit langsung semasa hamil

    BalasPadam
  8. time hamil la kna jaga spya tak sembelit.. risiko buasir tinggi..
    My Recent Post : CARA RAWAT JERAWAT BATU DARI LUAR DAN DALAM

    BalasPadam
  9. Memang bagus untuk bakal ibu yang tercari set berpantang... selain boleh atasi sembelit... banyak lagi khasiatnya... Tak rugi beli vitamin shaklee ni tau...

    Jemput baca>>> Bakal Pengantin Risau Nak Menghadapi Malam Pertama Kerana Masalah Dalaman. Bacaan untuk 18SX Sahaja!!!

    BalasPadam
  10. Bukan utk sembelit je tapi baik untuk sakit pinggang atau cramp di kalangan ibu hamil

    tips memilih pengasuh

    BalasPadam
  11. Sbb pantang umah mil br2 ni...dengan dia sekali ambik oste untuk atasi semblit...hihi

    BalasPadam