Khamis, 30 Oktober 2014

Kelebihan Bersalin Secara Pembedahan

5 Kelebihan Bersalin Secara pembedahan 

Apabila diberitakan kelahiran secara pembedahan kebanyakkan ibu hamil akan merasa resah. Manakan tidak, majoriti ibu hamil merasa lebih selesa jika proses kelahirang berlangsung secara normal. Bagaimanapun doktor hanya mencadangkan pembedahan jika mendapati proses itu memberi kebaikkan kepada ibu dan bayi disebabkan beberapa keadaan tertentu. Oleh itu ibu hamil tidak perlu  bimbang jika disarankan membuat pembedahan kerana cara ini juga tutur memberikan manfaatnya tersendiri. 

Tidak Tersasa Sakit 
Ia salah satu keuntungan jika anda memilih cara untuk pembedahan. Memang luka bekas pembedahan perlu dirawat lebih lama dan berhati-hati namun dari sudut positifnya anda tidak perlu mendapat jahitan dibahagian vagina. Risiko terkena buasir juga lebih kecil kerana ibu tidak perlu meneran, selain tidak mengalami pengecutan rahim dalam tempoh sangat lama. 

Boleh Memilih Hari Kelahiran 
Meskipun manfaat ini masih menjadi kontroversi, namun bagi sesetengah ibubapa yang obses melahirkan anak pada waktu dan tarikh yang cantik atau memberi makna tertentu, pembedahan ceasarean boleh merealisasikan impian tersebut. pemilihan tarikh juga membantu ibu menyiapkan segala keperluan dengan sebaiknya, mengatur hal-hal diluar kelahiran seperti jadual kerja dan sebagainya. 

Masa kelahiran Tepat 
Adakah anda pernah dengar isu melahirkan bayi bukan di hospitalatau klinik bersalin?ada yang bersalin di bilik air, dalam kereta dan sebagainya. Semuanya berlaku kerana ibu hanya akan pergi ke hospital apabila mengalami kontraksi bersalin. Jika anda bersalin secara pembedahan anda tidak perlu mengalaminya.Jangan meremehkan manfaat ini kerana faedahnya lebih besar apabila ibu hamil lebih tenang dan bersedia berhadapan dengan kelahiran. 

Cegah penularan Jangkitan pada janin
wanita yang ada penyakit kanser servik biasanya disyorkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan. Hal ini kerana pembedahan akan meminimunkan kemungkinan penularan jangkitan daripada ibu kepada anak. Bahkan jika seseorang ibu melahir anak kembar dua atau tiga manfaat ini tetap di peroleh ketika melakukan pembedahan. 

Mengelakkan Otot Koyak 
Memilih bersalin secara pembedahyan munurunkan risiko otot koyak ketika melahirkan bayi secara normal. Otot pelvik dan rangkaian pada faraj biasanya akan koyak apabila melahirkan secara normal. Selain itu, ia juga boleh mengelakkan komplikasi masalah dibahagian dubur dan faraj ketika proses kelahiran. 

Semoga perkongsian ini dapat di manfaat bersama....

1 ulasan:

  1. ada yang lebih suka bersalin bedah sebab takut akan sakit beranak normal..

    klik di sini

    BalasPadam